Program Iltizam Selangor Sihat pastikan rakyat Selangor meraih manfaat kemudahan kesihatan

460633186 1077664703724385 3220107255916486004 n

Selaras dengan komitmen Kerajaan Negeri Selangor untuk menawarkan kemudahan kesihatan yang lebih mampan, Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) telah membolehkan golongan berpendapatan rendah untuk mendapat akses kepada rawatan kesihatan di klinik dan hospital swasta. Menurut EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor Jamaliah Jamaluddin, seramai 45,000 individu telahpun mendaftar dan meraih manfaat daripada ISS sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2022 👏👏👏

Melalui Program ISS, pemohon yang layak boleh menerima manfaat rawatan asas sebanyak RM500 setahun untuk kategori keluarga dan RM250 untuk kategori individu. Mereka juga layak menerima manfaat tambahan seperti khairat kematian dan tuntutan penyakit kritikal di samping menampung kos kemasukan hospital swasta panel ✅✅✅

“Untuk melayakkan diri menerima manfaat Program ISS, pemohon mestilah merupakan anak Selangor atau telah bermastautin di negeri ini selama lebih daripada 10 tahun dan berdaftar sebagai pengundi di Selangor. Kategori pemohon dibahagikan kepada dua, iaitu keluarga dengan pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 serta tanggungan berusia 21 tahun ke bawah yang masih belajar.” ulas Ahli Dewan Negeri Bandar Utama tersebut 🗣️🗣️🗣️

Recommended Posts