
Sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan seni, budaya, dan makanan, kini Pulau Pinang juga menjadi pilihan pesakit-pesakit di seluruh dunia khususnya Indonesia, Singapura, dan China untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan yang bermutu dan bertaraf dunia ![]()
![]()
![]()
Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr Chow Kon Yeow menjelaskan bahawa Pulau Pinang berjaya menjadi hab pelancongan perubatan atas faktor-faktor seperti kewujudan kemudahan perubatan profesional pada harga yang kompetitif ![]()
![]()
![]()
“Semua faktor ini menarik kedatangan pesakit dari seluruh dunia dan jumlahnya meningkat dengan ketara. Sejak beberapa tahun ini, ia juga telah mencetuskan kesan berganda bagi kedua-dua pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan domestik (DDI) untuk sektor teknologi perubatan di Pulau Pinang.” ulas Ahli Parlimen Batu Kawan tersebut ![]()
![]()
![]()




