Pulau Pinang paling rendah hartanah tidak terjual: Guan Eng

GEORGE TOWN, 23 OKTOBER: Pulau Pinang adalah antara negeri yang mempunyai hartanah yang paling rendah tidak terjual untuk unit kedai, unit industri dan kediaman di negara ini iaitu hanya terdapat 40 unit kedai bernilai RM17.11 juta,163 unit kediaman bernilai RM63.4 juta dan 25 lot industri bernilai RM6.34 juta setakat suku tahun kedua 2013.

Menurut THE EDGE MALAYSIA EDITION pada 21 Oktober 2013, bandar lain yang mungkin mengalami lebihan ruang pejabat, tetapi Pulau Pinang tidak menghadapi masalah ini malah mungkin menghadapi kekurangan.

Hartanah tidak terjual yang rendah di kedai-kedai di Malaysia menonjolkan kejayaan dan kemajuan Pulau Pinang dan menepati ramalan KPMG bahawa Pulau Pinang satu daripada 31 global Business Process Outsourcing (BPO) masa depan di dunia.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, usaha yang bermula dua tahun lalu oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dalam memberi tumpuan kepada sektor perkhidmatan, kerana mengambil hampir 100% pekerja tempatan dengan bayaran gaji yang lebih tinggi, mula menunjukkan hasil.

“Dengan memanfaatkan kelebihan yang sedia ada di Pulau Pinang sebagai sektor pembuatan bertaraf dunia, telah membantu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan IT dan perkhidmatan industri di Pulau Pinang.

“Hari ini, banyak syarikat Multi-Nasional dalam industri elektronik menjadikan Pulau Pinang hab pentadbiran dan pengeluaran mereka, dengan operasi Shared Service Outsourcing (SSO) dalam sumber manusia, perolehan, pemprosesan data, urus niaga kredit, kewangan dan perakaunan serta IT di Pulau Pinang.

“Bagi merangsang pertumbuhan masa depan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukkan 17 ekar tanah di Bayan Baru dan Bayan Lepas untuk menjadi Hub BPO Pulau Pinang. Bayan Baru (Fasa 1) & Bayan Lepas (Fasa 2) menawarkan sekurang-kurangnya 1.7 juta kaki persegi ruang luar dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang. Hab BPO Pulau Pinang akan menjadi projek BPO terbesar Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan media, di Komtar, hari ini.

rajah lge

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, syarikat terkemuka yang baru dibuka tahun ini termasuk Air Asia yang memindahkan operasi IT, pemerolehan dan perkhidmatan perkongsian sumber manusia mereka dari Bangkok ke Pulau Pinang.

“Wilmar pula sebuah syarikat gergasi makanan global dengan pendapatan sebanyak US$45 bilion dan peneraju pasaran dalam minyak masak di Indonesia, India dan China baru sahaja membuka pusat perkhidmatan perkongsian mereka di Pulau Pinang.

“Firma perkhidmatan kewangan global, Citibank Bhd bekerjasama dengan InvestPenang untuk memajukan lagi Pulau Pinang dan Malaysia sebagai pusat strategik untuk aktiviti pengurusan perbendaharaan. Citibank baru membuka Citigroup Transaction Services (M) Sdn Bhd (CTSM) di Pulau Pinang, yang merupakan perdagangan terbesar serantau dan pusat pemprosesan tunai bagi perniagaan perkhidmatan transaksi. Mempunyai lebih daripada 1,000 pekerja tempatan di sini untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan Citi di seluruh Asia, Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Afrika dengan jumlah tahunan sebanyak 20 juta urus niaga bernilai US$5.8 trillion,” tambahnya.

Beliau berkata, semua inisiatif ini akan mengubah Pulau Pinang dan Malaysia keseluruhannya untuk menjadi destinasi yang menarik bagi pelabur untuk mengintegrasikan perniagaan serantau atau global mereka berikutan kos yang lebih baik dan kecekapan operasi.

Katanya, penubuhan hab BPO akan membantu negeri ini untuk menarik dan mengekalkan bakat di Pulau Pinang dan ini selaras dengan pembangunan ekonomi Pulau Pinang dan strategi pelaburan dan yakin kejayaan BPO di Pulau Pinang juga akan menjadi kejayaan Pulau Pinang dan kejayaan Malaysia.-Roketkini.com

Recommended Posts