
Seawal 7 pagi pada 6 Mac yang lalu, sebuah panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, akibat puting beliung yang melanda kawasan Parit 4, Sungai Burong berhampiran Sekinchan.
Dilaporkan, tiada mangsa mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian ini. Namun, mereka yang menjadi mangsa bencana alam ini terpaksa berputih mata menyaksikan kediaman mereka rosak teruk dengan sekelip mata. Dilaporkan, sebanyak lapan buah rumah di kawasan berkenaan mengalami kerosakan serius dek tiupan angin kencang tersebut yang tak disangka-sangka ini.
Apabila perkara ini diketahui Sdr Ng Suee Lim, sepantas kilat ADN Sekinchan itu bersama Team DAP Sekinchan beserta Ketua Komuniti India Sekinchan & Penyelaras Parlimen Tanjong Karang turun padang bagi melawat dan memberi sedikit bantuan makanan dan sokongan moral kepada kesemua mangsa yang terlibat.
Direkodkan, seramai 10 buah keluarga ini terjejas di mana rumah mereka telah mengalami kerosakan teruk, kebanyakannya adalah bumbung rumah yang telah diterbangkan puting beliung. Bagi memastikan keselamatan penduduk, pihak kerajaan mengarahkan semua penghuni rumah yang terjejas untuk berpindah ke kawasan selamat, iaitu di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ghandiji Parit 4 Sekinchan.
Sebak dengan mangsa bencana, Sdr Suee Lim dengan pantas membuat keputusan bersama dan memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membina dan membaikpulih rumah-rumah mangsa yang terjejas oleh Kerajaan Negeri Selangor, dengan kerjasama Pejabat Daerah Tanah Kuala Selangor, MBI dan agensi-agensi yang terlibat, yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM200,000. Malah, mereka juga akan membantu mencari rumah-rumah sewa bagi menempatkan mangsa secara sementara. Sdr Suee Lim juga sempat menghulurkan bantuan kecemasan sebanyak RM500 kepada mangsa terjejas menerusi pejabatnya.
Tak perlu tunggu pilihanraya, Sdri Suee Lim bersama Team DAP Sekinchan telah membuktikan yang mereka serta-merta turun padang bagi membantu rakyat apatah lagi di saat-saat yang diperlukan ini. Ini bukti DAP bersama Kerajaan Selangor cakna dengan keperluan rakyat, dan pantas turun berkhidmat tanpa berlengah lagi. Keputusan yang tepat buat warga Sekinchan yang telah memilih Sdr Suee Lim sejak tahun 2004 lagi. Ini bukti DAP bekerja dan menjaga rakyat pada saat susah dan senang!