
KUALA LUMPUR, 6 JAN – Polis setuju dengan perhimpunan secara aman “Bebaskan Anwar 901” di kawasan meletak kenderaan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini pada Isnin ini.
Laporan online media massa hari ini memetik Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh sebagai berkata bahawa keputusan itu dicapai selepas perbincangan dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pagi ini.
Menurut Azmin, polis telah memberi kebenaran dan jaminan untuk menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan itu, dan dengan itu pihak beliau bersama Pakatan Rakyat akan memastikan segala-galanya berjalan lancer.
Dengan itu, orang ramai boleh menyertai perhimpunan ini yang sah dengan jaminan keselamatan yang dibeirkan oleh pihak berkuasa. – Roketkini.com