Menteri Pengangkutan, Anthony Loke percaya tanpa sistem pengangkutan yang efisien, perdagangan tidak dapat mengalir dengan lancar. ☝🏻☝🏻☝🏻
Sebab itu, Malaysia berharap supaya perancangan rangkaian rel Pan Asia yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.
Ini bagi memanfaatkan hubungan serantau, serta menggalakkan penggunaan kereta api sebagai mod pengangkutan utama. Ini kerana ketika ini, kebanyakan perdagangan dijalankan melalui laluan maritim.
Dalam ucapannya ketika merasmikan Malaysia-China Summit 2024, Anthony Loke berkata keterbukaan Malaysia selama ini menjadi asas kemakmuran negara, dan Malaysia berharap lebih banyak barangan dapat diangkut melalui kereta api, selaras dengan agenda Malaysia memacu konektiviti ASEAN.