Razman Zakaria dan PAS jangan menghasut perpecahan rakyat

fc39f61c 9159 46ab 8d44 e4c0135c9b65

1. Dilaporkan media semalam bahawa Pesuruhjaya PAS Perak, YB Razman Zakaria telah mengeluarkan kata-kata menghasut perpecahan di dalam suatu perhimpunan di Teluk Intan, Perak.

2. Dalam perhimpunan tersebut, Razman telah dirakam membuat rujukan kepada mereka yang “matanya macam ini, kulit macam ini, darah dia macam kita semua”.

3. Ucapan ini jelas merupakan ungkapan yang menyemai benih kebencian dan menghasut perpecahan dengan mengambil kesempatan terhadap insiden pengibaran bendera China dalam suatu upacara keagamaan yang disertai oleh penganut dari pelbagai negara.

4. Sebelum ini, Razman telah jelas memfitnah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Sdr Nga Kor Ming dengan mengaitkannya dengan insiden tersebut walaupun sebenarnya Sdr Nga berada di Kuala Lumpur.

5. Jelas bahawa Razman dan PAS hanya menangguk di air yang keruh dengan terus membakar sentimen walaupun pihak polis sedang menyiasat insiden tersebut.

6. Razman dan PAS diingatkan bahawa Malaysia ini milik kita bersama, dan walau apapun perbezaan raut wajah dan warna kulit, semua adalah anak pertiwi yang dicintai ini.

7. Adalah lebih baik sekiranya Razman dan PAS menjadi pembangkang yang bertanggungjawab dan konstruktif di Perak dan peringkat Persekutuan, bukannya menjadi batu api kepada perpecahan rakyat.

8. Malangnya, PAS dan PN sudah terbukti tidak berupaya untuk menjadi ejen perpaduan rakyat, malah terus memainkan isu kaum dan agama demi kepentingan politik mereka.

Syahredzan Johan
Ahli Parlimen Bangi
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP

Recommended Posts