Respon terhadap kenyataan Haji Hadi sepertimana disiar dalam ruangan ulasan di Malaysiakini

471321090 1118892782942034 5210689142509811991 n

1. Saya merujuk kenyataan Haji Hadi sepertimana di pautan https://m.malaysiakini.com/opinions/730391

2. Apakah yang cuba dilakukan oleh Haji Hadi sebenarnya? Adakah Haji Hadi sedang cuba menyemai benih-benih perpecahan dan permusuhan dalam kehidupan rakyat Malaysia yang majmuk dengan pelbagai latar kaum, agama dan budaya?

3. Adakah Haji Hadi berhasrat membawa rakyat Malaysia ke era ‘amanat Haji Hadi’ yang menyaksikan rakyat bermusuhan akibat momokan-momokan politik ekstrim dan memecah belahkan?

4. Saya tegaskan sekali lagi, DAP merupakan sebuah parti politik yang sah dan bergerak atas lunas-lunas perlembagaan Malaysia. Sekiranya Haji Hadi kekal dengan dakwa-dakwi melampau, saya sarankan supaya Haji Hadi cabar sahaja DAP mengikut saluran undang-undang agar DAP diharamkan. Tetapi malangnya, Haji Hadi tidak berani lakukan demikian selain terus-menerus bermain sentimen semata-mata.

5. Bagi saya, niat Haji Hadi tidak lain sekadar untuk kepentingan politik sendiri.

6. Adakah Haji Hadi dan PAS sendiri lupa bahawa mereka pernah bekerjasama dengan DAP semasa era Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat? Mengapa Haji Hadi bersifat selektif dalam hujah-hujah agamanya mengikut selera dan kepentingan sendiri?

7. Sedarkah Haji Hadi bahawa DAP dan semua parti yang sah dalam politik negara ini telah bergerak bawah kerangka perlembagaan dan undang-undang yang sama termasuklah PAS?

8. Dan sedarkah Haji Hadi sewaktu PAS dan Perikatan Nasional menjadi kerajaan juga, DAP tetap ada sebagai parti politik pembangkang yang sah? Mengapa ketika itu tidak ditimbulkan dakwaan seperti yang beliau keluarkan sekarang ini? Adakah Haji Hadi senyap ketika itu kerana PAS di tampuk kuasa?

9. Jadi bila PAS dapat kuasa, semuanya ok. Ketika PAS tiada kuasa, semua parti yang lain adalah sekular, liberal, warisan penjajah dan komunis?

SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
Naib Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts