Sambutan Guan Gong Sedunia

464422900 962403545932273 7824433203482594783 n

Tahun ini merupakan tahun kedua Perak mengadakan Sambutan Guan Gong Sedunia dan ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri sangat menghormati kepelbagaian kebudayaan dan keagamaan.

Terdapatnya insiden mengibarkan bendera China sewaktu perarakan Sambutan Guan Gong Sedunia yang berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 24 Oktober 2024 dan insiden tersebut telah menjadi kontroversi di dalam media sosial.
Pejabat saya berasa amat kesal terhadap peralihan isu tentang Sambutan Guan Gong Sedunia yang asalnya diadakan untuk menyebarkan semangat kesetiaan dan keadilan.

Pejabat saya difahamkan bahawa pihak penganjur tidak menyediakan dan mengagihkan sebarang bendera China kepada sesiapapun, dan tidak ada perancangan langsung untuk mengibarkan bendera China.

Pejabat saya juga dimaklumkan bahawa pengibar bendera China bukanlah warganegara Malaysia dan hanya merupakan pelancong yang menjejaki Malaysia lantaran berlangsungnya Sambutan Guan Gong Sedunia.

Sebagai sebahagian kerajaan negeri & wakil rakyat, dengan tegasnya saya berpendirian bahawa segala aktiviti Malaysia haruslah berserta dengan bendera Malaysia dan bendera negeri masing-masing untuk memperkuatkan sentimen dan identiti kewarganegaraan Malaysia serta semangat patriotisme.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan mengibarkan bendera negara asing dalam aktiviti sedemikian.
Kedaulatan Malaysia adalah harus dijunjung pada setiap masa dan prinsip ini tidak harus dikompromikan pada bila-bila masa.

Saya dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah menyediakan Bendera Malaysia & Perak dalam perarakan tersebut demi menzahirkan kesetiaan terhadap kedaulatan negara kita.

Berkenaan dengan cara berpolitik sesetengah pihak khususnya Perikatan Nasional dan PAS yang memanaskan isu, saya mengecam sekeras-kerasnya dan menyeru puak sedemikian untuk menghentikan kaedah berpolitik sebegini yang sangat jijik.

Kepelbagaian dan keterangkuman (inclusiveness) adalah keunikan dan kelebihan tanah air kita.

Tindakan pembangkang yang memainkan isu demi politik murahan telah menjejaskan keharmonian negara kita.

Pejabat saya akan terus melipatgandakan usaha untuk mempertahankan kepelbagaian dan kemajmukan dalam pelbagai aspek demi menjanakan perpaduan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Saya menyeru semua untuk menggembleng tenaga dalam usaha menjadikan Malaysia lebih baik.

Terima kasih.
YB Woo Kah Leong

Recommended Posts