SATU DEKAD BERSAMA DAP – INI KISAH LILY

img 6746

Hasrat asalnya hanya mahu mencuba, namun siapa sangka sudah 10 tahun perjalanan jatuh bangun Lily bersama DAP yang kini merupakan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri MITI, dan Ahli Majlis MPKJ.

Bermula sedekad lalu sebagai intern Dr. Ong Kian Ming (Parlimen Serdang), dan selepas tiga bulan, sebagai Pembantu Ahli Majlis MPSJ. Dari situ, Lily perlahan-lahan mengorak langkah dengan menerajui Penggerak Belia Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Dalam perjalanan ini, Lily sempat menyaksikan tarikh penting di mana DAP pertama kali menjadi kerajaan pada tahun 2018. Juga, persempadanan semula Parlimen Serdang yang merubah kerusi DUN Parlimen Bangi yang kini ditadbir Sdr Syahredzan Johan. Lily kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis di MPKJ.

Selepas Pakatan Harapan sekali lagi menjadi kerajaan pada 2022, Lily mendapat kepercayaan sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Menteri MITI pada 2023 di bawah pentadbiran Liew Chin Tong, dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis MPKJ kali ke-empat pada awal tahun ini.

Sempat bekerja bersama 3 bos berbeza, Lily sangat bersyukur. Selain ruang dan peluang diberikan DAP, Lily juga merupakan bukti usaha keras 10 tahun bersama DAP tidak sia-sia.

Tahniah Lily! Semoga berjaya mengorak langkah yang lebih besar dihadapan!

Untuk bacaan lanjut, klik sini.

Recommended Posts