Sdr Lim Guan Eng sempat bersarapan bersama DAPSY Pulau Pinang

450089021 1034162471413842 4322174184459565158 n

Pada hari Ahad lepas, Saudara Lim Guan Eng, Pengerusi Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan sempat bersarapan dan menyantuni semua ahli Jawatankuasa DAPSY bahagian Pulau Pinang di kedai kopi Sin Boon Kee, Jelutong.

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Jelutong YB RSN Rayer, ADUN Air Itam YB Joseph Ng, ADUN Batu Lanchang YB Ong Ah Teong, dan ADUN Bagan Jermal YB Chee Yeeh Keen.

449862385 1034162541413835 2444781301125405841 n

Kedai kopi Sin Boon Kee diuruskan oleh generasi ke-4, dan ia dapat tahan lama kerana semangat inovasi mesra pelanggan dan dedikasi kepada qualiti produk dan perkhidmatan. Kejayaan kedai kopi ini memperingati kita untuk mencontohinya menuruti kriteria tersebut sekiranya kita nak jadi relevan kepada rakyat.

450053914 1034162484747174 4680605570690752554 n

Lim Guan Eng juga mengucapkan syabas kepada DAPSY Bahagian Bagan, Bukit Mertajam, Bukit Bendera dan Tanjong atas kejayaan di antara yang mempunyai ahli-ahli aktif yang terbanyak.

Beliau juga ingatkan bahawa jangan kerana sibuk dengan kerja kerajaan sudah lupa buat kerja politik asas iaitu mendekati rakyat dengan menganjurkan program belia yang berguna, berhasil dan menghiburkan mereka. Saudara Lim juga menggalakkan setiap bahagian DAPSY untuk membentangkan idea aktiviti dan rancangan masa depan mereka.

Bukan itu sahaja, beliau juga tekankan bahawa DAPSY dan ahli muda adalah penggerak inovasi dan kemajuan dalam perjuangan demokrasi nasional Malaysia dan sebagai suara rakyat. Oleh itu, DAPSY mesti aktif agar beri keyakinan bahawa DAP adalah relevan dan masa depan mereka.

Recommended Posts