MUHIBAH tema ulang tahun ke-55 DAP

Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 3 Mac 2021: Demokratik. Adil. Peduli: MUHIBAH Parti Tindakan Demokratik bakal menyambut ulang tahun yang ke-55 pada 18 Mac 2021 sebagai sebuah gerakan politik yang berprinsip, progresif, dan berlandaskan dasar yang menyumbang kepada pembinaan Malaysia yang bersatu, adil, bebas, dan makmur. Demokratik. […]

Menangani pandemik Covid-19 secara bertanggungjawab

Oleh Terence Naidu (Adun Pasir Bedamar dan Ahli Jawatankuasa DAP Perak) Banyak syarikat dan perniagaan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB, sehingga ada yang terpaksa gulung tikar. Pengumuman bantuan oleh kerajaan kepada kumpulan terkesan untuk membantu usaha pemulihan perniagaan dan ekonomi mungkin tidak dirasai oleh semua pihak. […]

Walaupun berbeza kaum dan agama, kita tetap rakyat Malaysia – Kit Siang

Oleh Lim Kit SiangAhli Parlimen Iskandar Puteri Pada hari ulang tahun ke-118 kelahiran Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, saya teringat kepada tiga kata-kata beliau: “Kita semua rakyat Malaysia. Inilah perkara yang menyatukan kita semua. Marilah kita sentiasa beringat bahawa perpaduan adalah kekuatan utama kita sebagai sebuah bangsa dan sebuah negara.” “Kita perlu sentiasa berfikir sebagai […]

Integrasi hospital awam-swasta dialu-alukan

Oleh B. Suffian Hasrat Kementerian Kesihatan untuk mengintegrasikan sistem hospital awam dan swasta untuk merawat kes-kes serius Covid-19 menjelang minggu hadapan adalah dialu-alukan, kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.  Veteran DAP itu berkata, ini memandangkan perkara tersebut adalah langkah pertama ke arah pendekatan yang melibatkan ‘keseluruhan kerajaan’ dan ‘keseluruhan masyarakat’ dalam perang melawan Covid-19, […]

Isu kartel daging: Jangan biar rakyat terus berteka-teki

Oleh Zamzani Husin Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pihak berkuasa perlu telus dalam menjalankan siasatan berhubung isu kartel daging yang mengemparkan negara baru-baru ini, tegas peguam Syahredzan Johan.  Katanya, kerajaan perlu segera mendedahkan dalang di sebalik kartel tersebut kerana ia melibatkan kepentingan awam terutamanya umat Islam di negara ini. “Setakat ini, menurut laporan (media) siasatan […]

‘Pelaksanaan PKP bersasar perlu diiringi dengan bantuan kewangan’

Oleh Syahredzan Johan (Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri) Dilaporkan semalam bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia mencadangkan supaya adanya ‘pemutus litar’ (circuit breaker) seperti PKP yang bersasar di beberapa tempat bagi membendung wabak Covid-19.  Apa yang diusulkan KKM ini tidak memeranjatkan. Semalam Malaysia […]

Berani dalam pasrah

Oleh Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) Kisah Perang Melaka-Pasai Kisah Perang Melaka-Pasai Dalam Sejarah Melayu, ada sebuah kisah tentang Sultan Melaka menghantar Bendahara Paduka Raja, Laksamana Hang Tuah dan para pembesar lain untuk memerangi Pasai kerana rampasan kuasa akibat pengkhianatan adik Sultan Zainal Abidin.  Pihak Melaka menyerang dari laut, dan setelah kedua-dua belah berperang […]

Programme & Agenda for the 17th Party Congress

20 December 2020 (Sunday) 8.00 am-9.30 am Registration of delegates 9.30 am-9.45 am Delegates take their seats 9.45 am Central Executive Committee members take their seats 9.50 am National Congress Speaker and Deputy Speaker take their seats   Official Opening Ceremony 9.55 am : (1) National Anthem (2) Party Anthem Official Party Congress Business Welcome […]

Pengajaran pahit dari Sabah: Satu bacaan Gramsci

Oleh Howard Lee (Ketua DAPSY Kebangsaan dan Adun Pasir Pinji) “Sono pessimista con l’intelligenza, ma ottimista per la volontà.” “Saya seorang pesimis dek kerana kebijakan, tetapi optimis kerana kemahuan.”  Ini adalah ungkapan tulisan Antonio Gramsci, seorang falsafah sosialis Itali, yang dipenjarakan oleh rejim fasis ketika itu. Kata-kata ini tertulis dalam ‘buku nota penjara’ miliknya saat […]

Kemenangan Warisan Plus dapat paksa kerajaan lanjut moratorium

Kemenangan Warisan Plus pada Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang mungkin dapat memaksa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin untuk berubah fikiran dan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP kesal dengan kedegilan Muhyiddin yang enggan menyahut seruan rakyat Malaysia dan komuniti perniagaan untuk melanjutkan mmoratorium […]

‘SPRM bohong nafi cuba sekat saya masuk Sabah’

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kantoi berbohong apabila mendakwa kononnya agensi itu tidak cuba untuk menyekat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng daripada memasuki Sabah. Perkara itu dijelaskan Guan Eng dalam kenyataannya selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, semalam. “Shafie Apdal telah mengesahkan secara peribadi kepada saya sebuah laporan berita […]

Politik anak muda

Oleh Shahrul Shahabudin (Naib Setiausaha DAP Kubu) Sewaktu Debat Kebudayaan 1968 masih lagi hangat, teringat kata-kata Syed Naquib Al-Attas kepada saudara Lim Kit Siang yang menyifatkan cabaran yang dikemukan oleh saudara Lim Kit Siang disifatkan oleh Syed Naquib Al-Attas sebagai tidak berasas kerana bagi beliau saudara Lim Kit Siang tiada latar pendidikan yang setanding dengan […]