Polis jamin keselamatan awam konvoi Bersih 5 Pahang

TEMERLOH, 26 OKT: Satu pertemuan telah diadakan di antara Ahli Jawatankuasa Bersih 5 Temerloh bersama polis semalam bagi membincangkan aspek keselamatan peserta konvoi bersih di sini menjelang kemuncaknya di Dataran Merdeka 19 November hadapan. Pertemuan itu dihadiri 10 AJK Konvoi Bersih 5 kawasan ini bersama Pemangku Ketua Polis Temerloh Superintendan Zundin. Koordinator Konvoi Bersih 5 […]

Dihalang bangkit soal 1MDB, Kit siang boikot sesi pertanyaan menteri

KUALA LUMPUR, 18 OKT: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bertindak memboikot sesi pertanyaan menteri ekoran keputusan Speaker Dewan Rakyat semalam untuk tidak membenarkan soalan-soalan melibatkan tindakan undang-undang pihak berkuasa Amerika ke atas harta terkait dana 1MDB. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam membuat keputusan bahawa persoalan saman sivil Department of Justice […]

DAP kesal, sifatkan kenyataan Jeff Ooi tidak sensitif

KUALA LUMPUR, 17 SEP: DAP menyatakan rasa kesal dengan kenyataan tidak sensitif Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi berhubung kembalinya ke rahmatullah Mursyidul-Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataannya turut melahirkan rasa kesal terhadap ahli keluarga yang tersinggung dengan kenyatan Jeff di laman sosial Twitter lewat petang semalam. […]

Jeff Ooi jawab tuduhan UMNO Pulau Pinang, rupanya hotel beroperasi tanpa lesen

GEORGE TOWN, 12 OGOS: Maritim Waterfront Suites di Persiaran Karpal Singh dekat Jelutong yang dimiliki ahli perniagaan UMNO sebenarnya didakwa beroperasi tanpa lesen yang sah sejak Jun 2015, dedah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Maritim Waterfront Suites Sdn Bhd, syarikat pengendali hotel terbabit hanya memohon lesen sementara daripada MBPP pada 1 November tahun lalu dan […]

Bertahun jadi ‘boneka’ 1MDB, firma audit Deloitte tarik diri

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: 1MDB nampaknya telah mempergunakan Deloitte Malaysia dan mencemarkan reputasi firma audit antarabangsa itu semata-mata untuk memberi kredibiliti terhadap syarikat milik Kementerian Kewangan berkenaan. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata Deloitte telah membantu 1MDB menutup penyelewengan bernilai berbilion ringgit sejak beberapa tahun lalu sehinggalah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkannya […]

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas

RAUB, 21 JULAI: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mendedahkan, sebanyak AS$1 bilion dana 1MDB telah digunakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, selain kapal layar mewah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet. Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri […]

Hudud: BN tiada pendirian bersama, parti komponen patut boikot kempen PRK

KUALA LUMPUR, 3 JUN: Parti-parti bersekutu Barisan Nasional, MCA, MIC dan Gerakan sepatutnya mempunyai pendirian tetap berhubungan usul Rang Undang-Undang Persendirian ‘hudud’ Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang genap satu minggu yang lalu di Dewan Rakyat. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti-parti berkenaan dilihat tidak konsisten dalam pendiriannya, malah mereka diam membisu dan […]

Berbaloikah wang rakyat RM19 juta untuk 129 peserta tanam cili yang dikendali NGO berkaitan MIC?

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baru (NAAM) yang berkaitan dengan MIC, parti komponen BN, menerima dana kerajaan RM19 juta daripada Pejabat Perdana Menteri dan diselia Kementerian Belia dan Sukan untuk program latihan projek cili yang tidak efektif dalam pelaksanaan programnya. Hasil pertemuan antara dua pemimpin DAP, iaitu Ahli Parlimen Sedang, Dr Ong […]

Eksploitasi tubuh wanita dalam iklan, DAP desak Firefly minta maaf

GEORGETOWN, 13 MAC: Tindakan syarikat penerbangan Firefly milik Penerbangan Malaysia (MAS) menggunakan imej punggung wanita dalam iklan tawaran tiket murahnya disifatkan sebagai menghina wanita dan cuba mengeksploitasinya secara seksual. Sehubungan itu, DAP mengutuk keras tindakan Firefly dan menggesa syarikat terbabit meminta maaf secara terbuka kepada semua wanita kerana tidak sensitif dengan mempamerkan anggota tubuh wanita […]

Kementerian Pengangkutan campur tangan atau pengguna boikot ERL

KUALA LUMPUR 2 DIS: Kementerian Pengangkutan didesak supaya campur tangan dalam isu kenaikan kadar tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau berdepan boikot daripada mereka. Menyifatkan kenaikan itu terlalu tinggi dan tidak masuk akal serta membebankan rakyat, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, berkata kementerian itu perlu melindungi […]

DAP Pahang serah bantuan kepada orang Asli Pos Tohoi

MENTAKAP 19 OKT: Rombongan DAP Pahang baru-baru ini menziarahi dan menyerahkan sumbagan kepada beberapa keluarga orang Asli yang kematian anak di Pos Tohoi di sini, minggu lalu. Mereka menyerahkan enam set barangan makanan antaranya sabun, minyak masak, gula, pampers, berus gigi, biskut, beras, makanan ringan, ayam dan sardin selain pakaian kanak-kanak kepada mereka. Pengerusinya, Tengku […]

“Penutup” trilogi memoir Said Zahari

  Ia mungkin menjadi sebuah trilogi yang mempunyai judul-judul paling cantik bagi mana-mana penerbitan buku dalam bahasa Melayu yang pernah dihasilkan; Meniti Lautan Gelora, Dalam Ribuan Mimpi Gelisah dan pelengkapnya, Menggenggam Segumpal Harapan. Tetapi, buku yang ketiga itu tidak akan muncul, sekurang-kurangnya tidak seperti yang sebagaimana asalnya diharapkan oleh Said Zahari sendiri. Pada penghujung 2006, […]