Negara koboi – Oleh Edry Faizal

Lebih menggemparkan adalah cadangan yang dilontarkan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ghazali Taib sewaktu mengulas mengenai insiden pembunuhan itu. Mereka mencadangkan penguatkuasa dan pegawai agama di seluruh negara diberikan senjata api.

MCA dicabar boikot kempen Sungai Limau jika benar berprinsip

Cabaran Teresa adalah berdasarkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang melakukan politik balas dendam dengan menghukum mereka yang tidak menyokong BN, selain enggan meminta maaf terhadap kenyataan yang dibuat pada Disember 2008 yang menyeru supaya sekolah vernakular ditutup.

DAP terkejut Speaker ugut boikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen PR

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP amat terkejut dengan ugutan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bakal mengakhiri mandatnya, untuk memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya mereka hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan mengakibatkan pilihan raya kecil.

Fokus PRU-13: Berbaloikah setiap undi kita? Oleh Hafiz Zainuddin

Malaysia hanya mampu berubah dengan peralihan kuasa politik kerana melaluinya, ia akan membuka ruang yang lebih luas kepada pelaksanaan dasar yang lebih mapan. Kesedaran sivik semata-mata masih tidak mampu merubah struktur masyarakat dan ‘demokrasi terpimpin’ negara ini apabila hujah sering dibalas dengan gas pemedih mata, batu mahu pun telur ayam.

Chua Soi Lek usah ulangi pembohongan mengenai isu rumah di Pulau Pinang – Wong Hon Wai

Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Hitam berkata, menerusi peruntukan itu kerajaan negeri akan membina 18,000 unit rumah mampu milik di kawasan pulau dan tanah besar termasuk Jalan SP Chelliah (George Town), Teluk Kumbar (Daerah Barat Daya), Ampang Jajar (Seberang Perai Utara), Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah) dan Batu Kawan (Seberang Perai Selatan).