Kenyataan Media oleh Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang pada Jumaat 30 Mac 2012

Adakah keyakinan Najib untuk meraih kemenangan besar dalam Pilihanraya Umum ke-13 dimusnahkan oleh ramalan muram Mahathir? Menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun, Najib dalam bayang kempen-kempen pilihanraya beliau semenjak tiga bulan ini telah menunjukkan keyakinan yang meningkat untuk meraih kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang, termasuklah untuk merampas kembali […]

Bunohe – Oleh Izmil Amri

Namun hakikatnya Bunohan adalah filem yang merentap kau keluar dari gelap pembodohan dengan menyajikan sesuatu yang lain dan segar berbanding wayang gambar biasa yang kita tonton–balik-balik gangster, rempit, cinta, hantu, seolahnya kepala otak orang Melayu ini terlalu bodoh untuk menghadam karya seni yang lebih tinggi dan memerlukan pemikiran.

Lynas: Najib putar belit lagi, cuba tutup kesilapan sendiri

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan untuk berubah nada dengan mengatakan bahawa PSC itu merupakan “dasar kuat untuk membuat keputusan” mengenai Lynas adalah “flip-flop” yang bertentangan kenyataan beliau sendiri pada 17 Mac lalu.

Hak negeri, hak Pusat

Ini adalah kos untuk mewujudkan demokrasi. Kos ini semua rakyat bersedia tanggung kerana ia adalah untuk memilih pemimpin yang lebih baik dan responsif. Dan jika ada pilihanraya sudah tentunya perwakilan akan lebih responsif. Seperti yang saya kata, KL mempunyai tiga set pemimpin iaitu Kementerian Wilayah, Datuk Bandar, dan Ketua Pengarah. Sememangnya di sini berlaku konflik.

Isu Karpal-Ramasamy sudah berakhir

“Saya menyeru agar semua ahli-ahli akan bersatu dan menumpukan perhatian kepada peluang bersejarah untuk membawa perubahan dan menyelamatkan Malaysia dalam pilihan raya umum yang akan datang,” Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Sepuluh minit bersama Tony Pua

Bayangkanlah sebuah syarikat yang untungnya sekitar RM28 juta, telah diberi kontrak RM7 bilion. Untung syarikat ini sangat kecil dan kerugian syarikat ini pula melebihi RM20 juta tetapi ia dapat kotrak berbilion ringgit. Inilah contoh kronisme.

Demi Lynas, kerajaan UMNO-BN pinggirkan suara rakyat – Oleh Ronnie Liu

Sekiranya sisa toksik radioaktif ini menyerap masuk kedalam sistem perairan kita dan ke dalam tanah kita, sudah tentu aktiviti-aktiviti kita akan turut terjejas. Dari upacara perkahwinan kepada bidang perniagaan kepada arena pelancongan, semuanya akan terjejas dengan peninggalan kesan jangka panjang.