DAP mencadangkan agar Datuk Seri Abu Kassim berundur daripada memegang
jawatan sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia
(SPRM) sehingga siasatan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad
Sarbani Mohamed diselesaikan. DAP menghormati usaha Datuk Seri Abu
Kassim untuk cuba membersih dan mengembalikan beberapa profesionalisme
ke dalam SPRM yang telah hilang kepercayaan daripada rakyat selepas
kematian Setiausaha Politik DAP, Teoh Beng Hock yang pada ketika itu
adalah di bawah mantan Pesuruhjaya SPRM.
Datuk Seri Abu Kassim dilihat kurang berjaya dalam pelaksanaannya
kerana terlalu berahsia tentang prosedur dan cara operasi SPRM, campur
tangan oleh Jabatan Peguam Negara dan juga Kerajaan Persekutuan serta
sikap “double-standard” badan tersebut yang gagal untuk mengambil
tindakan ke atas salah laku dan amalan rasuah oleh beberapa pemimpin
BN termasuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.