capture

Pasukan SMPC Chong Hwa menghidupkan perumpamaan ‘bahasa jiwa bangsa’

Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Chong Hwa telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan koir di Festival Bahasa dan Sastera 2024, yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan penghargaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan belia Malaysia.🥇🏆🎶 Pasukan dari Kuala Lumpur itu mempersembahkan lagu “Bahasa Jiwa Bangsa,” ciptaan Tan Sri Dol Ramli, dengan penyampaian yang penuh emosi […]

Melaka representatives

Melaka Ahli Parlimen Khoo Poay Tiong P. 138 KOTA MELAKA No 12 Jalan KLJ 8, Taman Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka 06-264 4945 Facebook-f Twitter Envelope Dewan Undangan Negeri Kerk Chee Yee N. 16 AYER KEROH KOMPLEKS JAPERUN AYER KEROH DEWAN KASTURI AYER KEROH HEIGHTS LORONG UTAMA AYER KEROH, 75450 MELAKA 06-3182660 Facebook-f Twitter Globe […]

Johor representatives

Johor Ahli parlimen Pang Hok Liong P. 142 LABIS 7, Tingkat Bawah, Jalan Seri Sejati, Taman Seri Sejati, 85300 Labis, Johor. 07-970 2002 Facebook-f Envelope Tan hong pin P. 145 BAKRI No.20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor 06-959 2116 Facebook-f Envelope Wong Shu Qi P. 152 KLUANG […]

Mempersiapkan Malaysia ke arah ‘hidup di samping Covid-19’

Kertas Posisi Dasar DAP Latar belakang dan normal baharu Malaysia mengalami krisis kesihatan dan ekonomi serentak yang berpanjangan. Pandemik Covid-19 dan kesannya tidak hanya mencetuskan banyak cabaran kepada rakyat Malaysia, perniagaan dan penduduk, tetapi juga mendedahkan keretakan yang mendalam dalam sistem penjagaan kesihatan awam dan sosial ekonomi kita. Menghadapi cabaran besar ini, pentadbiran Perikatan Nasional […]

PKP bersasar harapan terbaik menang lawan Covid-19

Oleh B. Suffian Pendekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara bersasar yang menggunakan sains dan data adalah harapan terbaik negara untuk memenangi perang terhadap Covid-19.  Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendekatan PKP bersasar berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) itu terbukti berjaya dengan pelaksanaan saringan besar-besaran untuk ‘uji, kesan, kuarantin dan rawat’, serta program […]

Tahniah JAS! Usaha hantar pulang sisa plastik raih anugerah antarabangsa

Oleh B. Suffian Mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) atas penganugerahan Asia Environmental Enforcement Awards 2020 daripada United Nations Environment Programme (UNEP).  Anugerah itu mengangkat usaha JAS menghantar pulang sisa plastik haram dan menutup banyak tempat kitar semula plastik haram. UNEP dalam satu kenyataan media pada […]

DAP pantas bantu mangsa banjir

Oleh Ghafar NS Awal tahun 2021 kita diberitakan dengan beberapa kawasan di dalam negara yang mengalami banjir, seolah-olah Covid-19 bukanlah bencana terakhir 2020 yang terpaksa kita tempuhi. Dalam memastikan masyarakat yang terjejas akibat banjir ini dapat meneruskan hari-hari mereka, meringankan beban setelah kemusnahan harta benda dan memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19, wakil-wakil rakyat DAP pantas […]

Menteri digesa jelaskan kenapa kos baiki sekolah daif naik mendadak

Oleh Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai) Semasa pembentangan Belanjawan 2021, Menteri Kewangan menyebut dalam ucapan beliau pada 6hb November 2020 bahawa kos tambahan sebanyak RM725 juta akan diperuntukkan bagi menaik taraf bangunan serta infrastruktur di 50 buah sekolah-sekolah daif. Dalam jawapan bertulis Menteri Pendidikan kepada saya, Menteri Pendidikan menyatakan bahawa dalam tempoh Rancangan Malaysia […]

Rakyat tak mahu lihat ‘sindrom antara dua darjat’

Rakyat tidak mahu melihat sindrom ‘antara dua darjat’ seperti kes Menteri Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang dikenakan ‘denda manja’ RM1,000 kerana tidak melakukan kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, ini sedangkan seorang makcik berumur 72 tahun dihadapkan ke mahkamah dan didenda RM8,000 serta […]

Jawatankuasa pilihan khas Covid-19 perlu jadi agenda pertama sidang Dewan Rakyat akan datang

Oleh Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri) Pembentukan sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan dengan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen pembangkang perlu menjadi agenda pertama persidangan Dewan Rakyat selama 27 hari yang akan berlangsung bermula 2 November ini untuk membolehkan penelitian isu-isu kesihatan awam, ekonomi, dan pembinaan negara dalam berhadapan dengan krisis Covid-19 […]

3 cadangan tambah baik PGK – Ong Kian Ming

Mantan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming mengutarakan tiga cadangan untuk menambah baik metodologi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan penghitungan kemiskinan. Ahli Parimen Bangi itu berharap cadangan tersebut diambil kira dalam Survei Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang akan datang. Cadangan yang pertama, katanya, adalah supaya angka untuk kategori Bumiputera dipisahkan kepada […]

Pemandu mabuk mesti dikenakan hukuman berat – Anthony Loke

Oleh Anthony Loke (mantan Menteri Pengangkutan) Takziah kepada keluarga mangsa. Satu lagi nyawa terkorban diakibatkan oleh pemandu mabuk. Antara cadangan pindaan yang saya ingin bawa untuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 semasa saya masih menjadi Menteri Pengangkutan untuk memerangi isu ini ialah seperti berikut:  1) Meminda Seksyen 44 iaitu memandu di bawah pengaruh dadah atau alkohol […]