Mengenali Lim Kit Siang

Lim Kit Siang teruk menderita kerana perjuangan politiknya. Beliau ditahan tanpa bicara pada 1969 atas tuduhan palsu yang tidak pernah dibuktikan sehingga hari ini. Dan sampai saat ini, kumpulan-kumpulan perkauman termasuk mereka di dalam UMNO masih menuduh beliau sebagai pencetus tragedi 13 Mei walaupun beliau tidak menjejak kakinya di Kuala Lumpur pada hari yang malang […]

Sesetia Melayu dalam DAP pra 2008

Sejak tahun 2008, semakin hari semakin ramai orang Melayu ‘berpusu-pusu’ menyertai DAP, sebuah parti politik yang sehingga hari ini paling kerap ditohmah sebagai cauvinis, anti Islam, anti Melayu sehingga mana-mana orang Melayu yang menyertainya dianggap pengkhianat bangsa. Ada yang menyertai DAP setelah melihatkan cara Lim Guan Eng mentadbir Pulau Pinang, ada yang baru menyedari DAP […]

Harga petrol sepatutnya naik 3.8 sen, kenapa naik sehingga 20 sen?

PETALING JAYA, 2 FEB: Pasukan komunikasi strategik BN tidak perlu menjelaskan panjang lebar mengaburi rakyat untuk menutup tindakan kerajaan mewajarkan kenaikan harga petrol. Sebaliknya, mereka hanya perlu memberi maklumat sebenar bagaimana kerajaan menaikkan 20 sen harga minyak secara mendadak sehingga membebankan rakyat. Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berdasarkan penjelasan pasukan komunikasi BN […]

Transformasi Nasional 2050: Menuju Malaysia tanpa UMNO

Acara lepak santai sambil minum teh tarik di Gombak lewat malam Isnin lepas menyaksikan segerombolan lelaki Melayu pertengahan usia, bersongkok, gendut dan garang misainya tiba-tiba kelihatan manja dan tersipu-sipu, menyambut kedatangan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Kit Siang dijadual beraksi malam itu bersama Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Rashid Asari, serta pengerusi […]

Persidangan Kebangsaan DAP 2016: Apa kata perwakilan

SHAH ALAM, 5 DIS: Persidangan Kebangsaan DAP 2016 menutup tirainya petang semalam dengan pelbagai cadangan dari perwakilan yang mahu supaya parti memberi tumpuan kepada kerjasama Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. Ia juga menjadi platform kepada pemimpin dan para perwakilan menjawab segala tohmahan dan fitnah jahat yang dilemparkan pemimpin-pemimpin UMNO terhadap parti. […]

Mengenali Thirukkural – Bahagian 11

Dalam Bab 15 (Kural 141-150) teks Thirukkural, dihuraikan tentang sikap mengelakkan diri daripada menaruh keinginan memiliki isteri orang lain. Dalam Bab 18 pula, disentuh mengenai sikap menjauhi keinginan mahu memiliki harta dan kekayaan orang lain. Dalam kehidupan, memang ada orang yang sentiasa mencuba pelbagai cara licik untuk merampas kekayaan milik orang lain. Biasanya, usaha mahu […]

“Kalau kami agen CIA, malam ini kami sudah di Monaco berjoli” – Isham Rais

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Sudah tiga malam berturut-turut orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka mendesak pembebasan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah yang sudah lima hari ditahan di bawah SOSMA. Walaupun DBKL tidak membenarkan orang ramai masuk ke Dataran Merdeka, perhimpunan solidariti #BebasMaria itu diadakan di pinggir jalan bersebelahan padang bersejarah berkenaan. Ribuan hadirin rata-ratanya berbaju […]

Bayar GST RM38.5 bilion, tapi caj hospital kerajaan naik 50 peratus?

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Tindakan kerajaan UMNO menaikkan caj wad dan rawatan hospital kerajaan bermula awal tahun hadapan membuktikan parti pemerintah itu kini kekurangan dana dan sanggup membebankan rakyat. Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, adalah tidak wajar keputusan itu diambil memandangkan kerajaan telah mengutip berbilion ringgit daripada rakyat, hasil daripada pelaksanaan cukai […]

Mengenali Thirukkural – Bahagian 10

Sifat bersabar dilihat sebagai suatu sifat penting dan terpuji dalam kehidupan manusia. Sabar merupakan sebahagian (bukan separuh) daripada iman. Dalam budaya India, sering disebut bahawa individu yang bersabar (tidak terburu-buru) mampu menguasai dunia. Aspek kesabaran juga disentuh dalam teks Thirukkural selenggaraan Thiruvalluvar. Sepuluh kural dalam Bab 16 karya moral ini membicarakan betapa penting nilai kesabaran […]

Daripada belanja RM1.2 bilion beli kapal China, lebih baik tambah peruntukan hospital

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Daripada membelanjakan RM1.2 bilion untuk empat kapal tempur pesisir dari China, adalah lebih baik kerajaan menyalurkan wang itu kepada Kementerian Kesihatan bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk rakyat. Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata pemotongan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan sebanyak RM280 juta telah menyebabkan beberapa hospital memberhentikan secara sementara beberapa […]

Zahid Hamidi menggelabah diaju soalan derma RM2.6 bilion di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 NOV: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini mengelak dan dilihat terpinga-pinga apabila diajukan soalan mengenai dana RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Zahid sebelum ini mendakwa dana besar itu telah disumbangkan kepada Najib yang juga Menteri Kewangan oleh seorang penderma Arab berdarah […]

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2017 oleh Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang

Adakah kita mempunyai Ahli-ahli Parlimen BN yang cukup patriotik untuk maju ke depan dan berganding tangan bersama Ahli-ahli Parlimen Pembangkang yang patriotik untuk menyelamatkan Malaysia daripada penghinaan sebagai sebuah kleptokrasi global? Sebagai Ahli Parlimen Dewan Rakyat yang paling lama, setelah berkhidmat selama lebih empat puluh tiga tahun dalam sepuluh daripada tiga belas penggal sejak 1969 […]