Kalah saman bukti Utusan Malaysia pembohong, pemfitnah

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dan kos guaman RM30,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung isu nombor pendaftaran kenderaan WWW1 adalah bukti terbaru media UMNO itu melakukan pembohongan dan fitnah.

Rekod saman AES terhadap kereta mewah dihapus?

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mempertikai ketelusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung tindakan mereka menghapuskan rekod saman terhadap dua kereta yang dirakam menggunakan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

DAP pertikai tindakan kerajaan beri imbuhan RM33.4 juta kepada Rozali

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, rakyat Malaysia pasti marah dan terkejut apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi pakej imbuhan sebanyak RM33.4 juta kepada Pengerusi Puncak Niaga Holdings Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail.

Kit Siang terkejut Shahidan percaya pembohongan “Red Bean Army”

Kit Siang berkata, kalangan yang mahukan RM350 juta untuk membiayai cybertrooper UMNO/BN untuk tempoh lima tahun akan datang perlu berani tampil untuk menjelaskan mengapa mereka memerlukan sejumlah itu dan bukannya bergantung pada pembohongan mengenai “Tentera Kacang Merah” khayalan bagi menguatkan tuntutan mereka.

Imbuhan RM33.4 juta Pengerusi SYABAS, bukti wujud kronisme

“Walaupun ia adalah hak Puncak Niaga untuk membayar apa sahaja yang ia mahukan, imbuhan yang berlebihan itu tidak bererti keputusan itu beretika dan bertanggungjawab memandangkan air adalah hak milik awam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, semalam, mengkritik prestasi SYABAS di bawah pengurusan Rozali.

Teater “SELAK:SERAK”, dedikasi buat mangsa kematian dalam tahanan

Pementasan “SELAK:SERAK” yang berdurasi 60 minit ini bakal menampilkan dua kolaborator dan pelakon Lorna Hoong, seorang graduan tari Akademi Seni budaya dan Warisan Malaysia (ASWARA) yang giat dalam pelbagai pementasan, lakonan dan penerbitan digandingkan bersama kolaborator Khairil Ridzuan K’N yang merupakan seorang graduan lakonan dari ASWARA dan giat dalam dunia lakonan filem seperti Hati Malaya 1957, Songlap, Jalan Pintas dan Gadoh.

Mary Josephine: Tidak wujud batasan bangsa dalam DAP

Saya tidak merasa wujud batasan bangsa dalam DAP walaupun majoriti ahlinya berketurunan Cina. Warna kulit bukan halangan, yang penting adalah persefahaman dan semangat sense of belonging. DAPlah platform saya beri khidmat selama ini kepada semua orang.