EAIC ‘alat’ BN, tidak pernah tunai janji -Tony Pua

Beliau turut mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk memasukkan ke dalam EAIC cadangan yang dibuat Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) pada 2005 untuk IPCMC jika benar ‘IPCMC dan EAIC adalah nama yang sama’ seperti didakwa sebelum ini.

Pesta Hari Alam Sekitar Sedunia Pulau Pinang 16 Jun

Pesta bertemakan ‘fikir, makan dan simpan’ itu bertujuan memupuk kesedaran masyarakat mengenai pembuangan sisa makanan berlebihan yang semakin berleluasa di Malaysia dan seluruh dunia. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, makanan berlebihan yang dibuang kini mencecah sehingga 930 tan sehari iaitu bersamaan dengan membuang 93,000 kampit beras seberat 10 kilogram sehari.

DAP cabar Najib perjelas siapa sebenarnya Nadzri Ibrahim

DAP hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada Pegawai Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Nadzri Ibrahim adalah individu sama yang terbabit dalam kes kematian, Teoh Beng Hock, dalam tahanan.

DAP mahu peranan wanita diperluas, juara semua isu

Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke berharap peranan wanita samada sebagai calon atau ahli wajar diperluas pada masa akan datang berikutan prestasi amat baik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

PR jangka hadapi cabaran berbeza pada PRU-14

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, matlamat PR di Sabah adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya sepertiga daripada 26 kerusi Parlimen di negeri ini tidak tercapai bagi membolehkan PR mengumpul 33 kerusi Parlimen daripada tiga negeri “deposit tetap” Sabah, Sarawak, dan Johor, untuk membantu mencukupkan kerusi Parlimen yang diperlukan PR menawan Putrajaya.

Kit Siang kesal sikap diskriminasi Muhyiddin

“Kabinet Najib sendiri tidak menunjukkan adanya komitmen kerajaan terhadap usaha menjunjung Perlembagaan, memandangkan kita mempunyai Paul Low, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengukuhkan integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan beliau adalah seorang anggota Kabinet yang haram kerana lebih sebulan berlalu tetapi belum mengangkat sumpah sebagai seorang Senator dan sebagai Menteri,” tambahnya

SPR perlu dirombak, tiga fungsi dilaksana badan berlainan

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, PRU-13 yang baru selesai mempamerkan betapa politik wang diamalkan secara meluas untuk membeli undi dan mempengaruhi pengundi, tetapi sikap tidak peduli dan tidak endah atau ketidakmampuan SPR mengekang salah laku sedemikian menampakkan SPR gagal dan tidak mampu menjalankan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.