BN perlihat wajah sebenar seakan Hitler

“Tindakan BN menjadikan keputusan pilihanraya sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan merbahaya malah memperlihatkan wajah sebenar mereka yang sangat cela dengan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.”

Tiga cadangan kepada SYABAS elak bebankan penduduk

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) digesa supaya lebih prihatin terhadap penduduk setempat yang menjadi mangsa gangguan bekalan air pada Mei lalu yang telah mengakibatkan bekalan air penduduk sekitar kawasan SS12 hingga SS19 terjejas.

Sepinggan mee di tepi pantai bersama Steven Sim – Bahagian 1

Saya masih ingat bertemu Chong Eng di sebuah kopitiam; itulah dia pertama kali saya bertemu seorang wakil rakyat. Saya rasa sedikit malu waktu itu; kerana saya memandu sebuah Iswara lama yang sudah buruk. Tetapi saya nampak kereta Chong Eng lebih teruk berbanding saya. Itu yang membuatkan saya terfikir mengenai DAP dan pemimpinnya.

“Kampung Seni” Padang Jawa jadi ikon usaha murni anak muda Oleh Hafiz Zainuddin

Siapa sangka, kejiranan Padang Jawa mencatat sejarah pada 23 Mac 2013 lalu apabila sebahagian besar dinding tembok dan pagar rumah laluan utama dilakar dengan pelbagai bentuk lukisan mural dan grafiti berwarna-warni membawa mesej sivik mengangkat tema alam sekitar dalam Festival Seni Jalanan Padang Jawa atau lebih dikenali sebagai Padang Jawa Street Art Festival 2013 (PJSAF).

UMNO/BN biaya Pasukan DDD untuk musnahkan DAP

Konspirasi yang dibiayai UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk memburuk dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) yang dikawal “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN telah digerakkan pada September tahun lalu iaitu lapan bulan sebelum Parlimen dibubar pada April lalu.

Tuduhan “Red Beans Army’ dibiayai DAP terbukti bohong

Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star didakwa menyiarkan berita yang tidak berasas mengenai 3,000 tentera siber “Red Beans Army” kononnya dibiayai DAP, bukannya berdasarkan fakta dan kebenaran yang sepatutnya menjadi pegangan wartawan akhbar berkenaan.

Halang pemimpin PR masuk Sabah bermotif politik

Pengerusi DAP Sabah, Jimmy Wong Sze Phin mahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menjelaskan kesahihan ‘laporan bocor’ Jabatan Imigresen mengenai penyenaraian hitam beberapa nama pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan NGO daripada memasuki negeri itu.