DAP desak tubuh IPCMC kerana EAIC membazir

DAP desak supaya Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan seperti yang dicadang Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada 2005 sebagai satu cara untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap pasukan polis.

Guan Eng tahniah pelantikan Hannah, tiga ADUN DAP

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pelantikan Hannah sebagai Speaker DUN Selangor adalah khabar gembira buat pergerakan memberdayakan wanita dan kesaksamaan gender di Malaysia.

Punca bot karam: Tiada jalan darat antara Sibu-Kapit-Belaga

DAP menganggap punca sebenar berlakunya tragedi bot ekspres karam di Sungai Rajang dekat Belaga, Selasa lalu, yang meyaksikan 11 mangsa hilang, termasuk satu mayat ditemui kerana tiada jalan raya antara Sibu-Kapit-Belaga walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka dan enam tahun menuju Wawasan 2020.

Pilih DAP kerana ideologi demokrasi sosial

Usia bukan penghalang untuk wanita muda ini menceburi diri dalam gelanggang politik Malaysia yang semakin mencabar. Walaupun baru berusia 30 tahun, saudari Wong Shu Qi atau lebih mesra dipanggil Suki Wong berjaya mencipta sejarah di Senai, Johor apabila kerusi Dewan Undangan Negeri itu akhirnya berjaya ditawan Pakatan Rakyat-DAP setelah puluhan tahun menjadi kubu kuat MCA-Barisan Nasional (BN).

Malaysia di landasan betul jika PR memerintah negara – Guan Eng

“Rakyat perlu yakin BN akan lebih sukar untuk menerima tawaran yang hanya akan memberi manfaat kepada kroni mereka berbanding ketika PR hanya 10% Ahli Parlimen hingga memudahkan BN melakukan banyak perkara terutama jenis kontrak kroni yang terlalu banyak,” katanya ketika berucap di Merton College, Universiti Oxford, England, semalam.

Zahid Hamidi mangsa tipu bilik perang UMNO/BN

Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah contoh terbaik menjadi “mangsa sendiri” penipuan “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN mengenai DAP membelanjakan lebih satu bilion ringgit sepanjang enam tahun lalu untuk mengupah seramai 3,000 tentera siber “Red Bean Army”.