UMNO-BN, kami sambut kedatangan anda ke alam politik adil pelbagai kaum Oleh Mahdzir Ibrahim
Semenjak “kekalahan” BN pada PRU-13 lalu (kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan 51 peratus pengundi), semakin hari semakin ramai pemimpin BN memberikan hujah rasional yang selama ini jarang kedengaran. Saya difahamkan dua hujah utama, iaitu cadangan agar parti-parti politik dalam BN membuka keahlian kepada pelbagai kaum dan cadangan supaya BN itu sendiri menjadi satu parti pelbagai kaum.










