DAP Johor terus setia bersama Pakatan Rakyat

Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr. Boo Cheng Hau berkata, DAP negeri akan terus memberikan sokongan padu, kerjasama sepenuhnya dan kesetiaan tidak berbelah bagi kepada PKR dan PAS negeri itu demi memastikan agenda perubahan berjaya dibawa ke Johor.

Keikhlasan Najib tanda tangan ikrar integriti pilihan raya dipertikai

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau mempertikaikan tindakan Datuk Seri Najib Razak menandatangani ikrar integriti pilihan raya yang dicadang Transparency International- Malaysia (TI-M) kerana selama empat tahun menjadi Perdana Menteri kedudukan rasuah di Malaysia menjunam paling teruk dalam tempoh 56 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

Hari Keadilan Sosial Sedunia. Oleh: Muhammad Nazreen

TANGGAL 20 Februari setiap tahun, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bersama-sama dalam pakatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan tarikh bersejarah 20 Februari sebagai hari peringatan ‘Keadilan Sosial’ sedunia.

Kit Siang cabar PM buktikan fakta sejarah filem 13 Mei, Tanda Putera

Perdana Menteri perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penghinaan yang bersifat perkauman dan tidak mengikut fakta sejarah di dalam filem 13 Mei itu kerana menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan, Najib yang mengarahkan filem itu ditayangkan secara eksklusif kepada 3,000 peneroka Felda yang berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Isnin lalu.

Masyarakat India akan undi PR, tolak taktik beli undi BN

Menurut Setiausaha Antarabangsa DAP, V.Sivakumar, mainan politik BN yang mengambil kesempatan atas kekurangan masyarakat India negara ini adalah satu penghinaan dan menunjukkan mereka tidak dihormati walaupun telah memberi sumbangan besar kepada asas ekonomi negara satu ketika dahulu.

Jelajah 10 hari jelas isu air Selangor

Pelbagai fitnah dan tomahan Barisan Nasional (BN) yang mengelirukan rakyat dengan memainkan isu air Selangor bakal terjawab menerusi siri jelajah Forum Air Untuk Rakyat 10 hari berturut-turut bermula semalam hingga 28 Februari ini.