Najib perlu ikhlas mahu Malaysia jadi “negara demokrasi terbaik” – Kit Siang

Najib Razak sepatutnya memastikan tidak berlaku campurtangan politik sama ada oleh Menteri Dalam Negeri, Ketua Penerangan UMNO atau penggerak politik lain daripada mengekang Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bertindak memastikan Himpunan Kebangkitan Rakyat berjalan secara aman dan berjaya.- Lim Kit Siang, Ketua Parlimen DAP

Koay Teng Hai digantung keahlian parti 6 bulan

Ditanya samada tindakan ke atas Koay itu wajar terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, Kulasegaran berkata, ini adalah bukti DAP sebuah parti yang tegas dan berprinsip serta tindakan itu tidak menjejaskan kestabilan parti.

Toy Story 3 dan kuasa Oleh Edry Faizal

Persoalan mengenai persetujuan dan kekuasaan negara mempunyai perbahasan yang panjang. Adakah sesebuah negara hanya mempunyai autoriti ke atas rakyatnya jika rakyatnya, secara terang-terangan atau samar-samar bersetuju untuk diperintah? Bagaimanakah sekiranya kita memilih untuk tidak memberi persetujuan, apakah negara masih mempunyai autoriti ke atas kita?

Malaysia “Negara paling selamat di Asia Tenggara”?

“Tiada maknanya Malaysia sebagai “negara paling selamat di Asia Tenggara” jika rakyatnya hidup dalam kebimbangan dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi,” katanya dalam kenyataan media mengenai Perhitungan Detik 92 hari ke PRU-13.

Usah terus jadi mangsa tipu BN pada PRU-13

“Rakyat di seluruh negara sepatutnya mencontohi kejayaan negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, termasuk Selangor yang mengamalkan prinsip ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), manakala Pulau Pinang dengan ‘Agenda Ekonomi Saksama (AES) bukannya seperti BN selama memerintah Selangor membolot tanah rakyat serta memperkayakan kroni,”- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim