NST putar belit kenyataan Guan Eng lagi.

Terbaru akhbar itu yang disebut Guan Eng sebagai ‘cermin’ Utusan Malaysia memutar belit laporan Perutusan Tahun Baru 2013 beliau, meskipun Pejabat Ketua Menteri tidak menghantar perutusan berkenaan kepada NST.

Pilih PR perintah negara untuk bawa transformasi sebenar

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, ini kerana selama hampir empat tahun janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan satu demi satu program transformasi iaitu ekonomi, politik, pendidikan dan sosial dan jenayah, namun semuanya bukan membawa transformasi sebaliknya kepada kecacatan (deformasi) negara.

Zambry digesa jawab skandal tanah di Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir digesa membatalkan pemberian tanah primer kepada kroni UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan menjelaskan kenapa tanah berkenaan diberi tanpa melalui proses tender terbuka.

Pasar ikan Kota Kinabalu daif, peniaga, pengunjung tidak puas hati

“Ketika di pasar, peniaga ikan dan operator bot nelayan menunjukkan kami bagaimana mereka memunggah hasil tangkapan. Memang memeranjatkan kerana mereka terpaksa memunggah ikan melalui tembok pada pagar besi yang sudah berlubang,”-Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Dr Hiew King Chew

Skandal tanah: Ngeh sudah jawab, Zambry pula bila?

Pemberian membabitkan tanah 147 ekar di Lumut dan 32 ekar di Kamunting itu didedahkan oleh Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, baru-baru ini.- Setiausaha Publisiti DAP Perak, Wong Kah Woh

Pengerusi DAP Perak mangsa fitnah, pembelian tanah sah dan terbuka

Ngeh menjelaskan bahawa dakwaan blog pro-BN, Pisau.net yang menuduh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meluluskan tanah itu kepadanya sebagai habuan untuk DAP, sebagai parti majoriti di Perak selepas PRU 2008, kerana melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, adalah satu penipuan dan fitnah berniat jahat.