RCI Sabah: Lagi wayang piliharaya BN

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, ia merupakan wayang pilihan raya umum untuk mengalih perhatian daripada keyakinan yang kian merosot terhadap Barisan Nasional Sabah, ekoran rasa puas hati rakyat serta pemimpin Sabah yang ditipu oleh BN selama 25 tahun.

“Kafir harbi celah mana?”

Kepada yang belum faham, ketahuilah bahawa DAP bukanlah parti ‘agama’, DAP juga tidak gemar menggunakan hujah agama, akan tetapi, sering sahaja DAP diheret ke kancah politik ‘agama’.

Siapa sayang komunis? – Oleh Izmil Amri

Kenapa tak gelabah apabila pemimpin kanan Parti Komunis China bersahabat dengan UMNO? Kenapa tak menjerit melolong macam orang kena sampuk apabila pimpinan tua dan muda Parti Komunis China makin kerap melawat Malaysia?

Konon dedah ‘skandal’ Talam, akhirnya BN jerut diri sendiri Oleh Hafiz Zainuddin

Malangnya bagi Chua yang merupakan anak kepada Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, tanpa ragu lagi beliau terbukti melakukan kesilapan besar yang melucukan. Apa tidaknya, tindakan Tan Sri Khalid adalah mengutip semula hutang untuk kerajaan negeri, dan bukannya ‘menyelamatkan’ syarikat Talam, sebanyak RM392 juta dalam bentuk aset dan tunai.

Lekehnya pecacai UMNO, fitnah buta tuli, bukti macam longkang – Oleh Adil Mat Selamat

Jika kita lihat dakwaan yang kononnya disertakan bukti dari MAGERAN, rupa-rupanya bukti itu juga adalah satu dakwaan. Maksudnya sebagai contoh, “saya mendakwa saya ada bukti”. Ini cukup melucukan kerana dakwaan ada bukti itu hanya dakwaan perkataan sedangkan dokumen asli laporan MAGERAN itu sendiri tidak dipaparkan dan diterbitkan kepada umum.

DAP prihatin golongan Melayu miskin

Menurut Noraini Arriffin, 41, yang telah tujuh tahun mendiami kejiranan Pangsapuri Enggang, semasa kerajaan BN menerajui Selangor, dahulu tidak pernah diadakan majlis sebegini di bulan Ramadhan.