Pelancaran buku Fan Yew Teng di KL esok malam

Pelancaran buku ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor (KLSCAH) beralamat No 1, Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur, mulai jam 7.30 malam. Masuk adalah percuma.

Teater Beng Hock: Kesedaran masyarakat amat penting

Menurut pengarah urusan Rumah Anak Teater, Faisal Mustafa isu Beng Hock bukan isu orang Cina, sama seperti isu kematian Amirulrasyid Amzah, 15, yang ditembak mati oleh polis yang tidak boleh dianggap isu orang Melayu, kerana ia adalah soal keadilan sejagat.

Dituduh dedah rahsia kerajaan, Guan Eng saman Utusan, NST, Perkasa

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memfailkan saman fitnah bernilai RM15 juta terhadap dua akhbar arus perdana dan pemimpin Perkasa di atas tuduhan palsu kononnya beliau mendedahkan rahsia negara kepada parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP)

DAP tidak ancam Islam

“Bagaimana mungkin berlaku demikian kerana itu bukan pun dasar DAP dan siapa yang begitu bodoh untuk anti-Islam dalam negara ini yang majoritinya adalah beragama Islam?” kata Guan Eng.

Perjanjian dengan Amerika: Harga ubat bakal melambung

Menurut Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, perjanjian Perkongsian Trans – Pasifik (TPPA) yang membelakangkan kepentingan rakyat dan negara adalah sebahagian dari Persetujuan Perdagangan Bebas (FTA) yang meliputi produk barangan kepenggunaan, perkhidmatan, hak pelaburan, perolehan kerajaan, hak harta intelektual dan perubatan.

Katanya… Tan Sri Khalid tak tahu berpolitik ?

Adakah kerana itu Tun M menganggap Tan Sri Khalid gagal memimpin pentadbiran negeri? Adakah Tan Sri Khalid dianggap gagal kerana berjaya memberi rakyat Selangor air percuma, memperkenalkan tender terbuka, menghapuskan surat sokongan dan kabel politik, memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat, dan meningkatkan syiar Islam di negeri?

Kerajaan BN kata SPR tidak ada rekod daftar pengundi

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau terkejut dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa SPR tidak mempunyai statistik jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh parti-parti politik setiap suku tahun sejak 2008.