Hari Buruh 2022 – “Memperkasa Pekerja, Menjana Ekonomi Negara”

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook di Kuala Lumpur pada Ahad, 1 Mei 2022. Pada Hari Pekerja Antarabangsa ini atau lebih dikenali sebagai Hari Buruh di Malaysia, saya ingin mengucapkan “Selamat Menyambut Hari Buruh” kepada semua pekerja di Malaysia. Tempoh dua tahun lepas sememangnya sangat perit dan sukar […]

Ketetapan-ketetapan Jawatankuasa Tertinggi Pusat Untuk Kongress 2022

Kongres Parti DAP Ke-17 amat menyedari cabaran-cabaran yang bakal dihadapi DAP, Pakatan Harapan dan Malaysia dalam mendepani cabaran-cabaran masa kini yang timbul ekoran pandemik Covid-19 serta pergolakan politik sejak 2 tahun lalu. Pada masa sama, kita terus berusaha membentuk semula Malaysia menjadi sebuah negara yang demokratik, bersatu padu, saksama dan mampan, berpandukan nilai-nilai kebebasan, keadilan […]

Laporan Jawatankuasa Tertinggi Pusat 2022

Persidangan Parti yang terakhir telah diadakan di IDCC, Shah Alam pada 5 Mei 2019. Pada persidangan ini beberapa pindaan kepada Perlembagaan Parti telah berjaya dilakukan. Langkah itu susulan DAP hampir dibatalkan pendaftarannya pada 2012 dan 2017 selepas pemilihan parti serta pemilihan semula yang dibuat ketika itu dibatal oleh Jabatan Pendaftar Persatuan (ROS). Pindaan ini termasuklah […]

Paloh paluan gendang pertama PRN Johor 

Oleh Wartawan Roketkini JOHOR BANGKIT | Semalam, di Jalan Abu Bakar, Paloh, Johor, Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Ali telah diumumkan sebagai calon N30 Paloh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.  Sheikh Umar merupakan calon dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. Beliau kembali semula untuk […]

Azam Baki perlu henti jaja hikayat dongeng tipu rakyat

Oleh Raja Ahmad Iskandar Fareez (Setiausaha Publisiti Pemuda DAP Wilayah Persekutuan) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki perlu disiasat dengan teliti berikutan pendedahan Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa beliau mengawal penuh akaun dagangannya untuk jual beli saham pada 2015. Hal ini bercanggah dengan dakwaannya sebelum ini bahawa akaun itu digunakan oleh […]

Anak muda – API, banjir, Undi18 dan politik

Oleh Sheikh Omar Ali(Naib Pengerusi DAP Johor dan Ahli Dewan Undang Saya tak perlu bercakap tentang orang muda hanya untuk ‘nampak muda’ atau menarik minat anak muda kepada saya. Atau saya tidak wajib bercakap tentang orang muda hanya kerana umur saya masih muda. Zaman telah berubah. Dari satu sudut, saya lihat perubahan ini seakan kembali […]

Untuk tahun 2022 yang lebih baik

Oleh Liew Chin Tong (Pengarah Pendidikan Politik DAP) Sudah genap dua tahun pandemik Covid-19 melanda dunia termasuk Malaysia. Walaupun kita terus dihantui dengan kemunculan varian-varian baharu, kebanyakan pakar berpendapat detik-detik paling ngeri pandemik ini sudah berakhir. Saya harap andaian mereka benar. Segala perubahan yang berlaku akibat pandemik ini memaksa kita untuk berfikir di luar kebiasaan […]

Calon DAP Batu Kitang senarai 8 isu belenggu penduduk

Oleh Roketkini Calon DAP di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, Abdul Aziz Isa menyenaraikan lapan isu yang telah membelenggu penduduk di kawasan tersebut dan memerlukan tindakan sewajarnya. Jelas Abdul Aziz, salah satunya adalah isu pengeluaran hak milik tanah kepada masyarakat Bidayuh di Kampung Tematu dan Kampung Semeba yang tergendala selama hampir 20 tahun. Selain […]

Lim Kit Siang: Tahun-tahun saya di Melaka – Bahagian 2

Oleh Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Iskandar Puteri) Adakah Muhyiddin akan terus menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri sekiranya Bersatu dikalahkan sepenuhnya oleh UMNO dalam PRN Melaka? Banyak tumpuan kini diberikan kepada “katak politik” dalam Pilihan Raya Negeri Melaka, tetapi masih tidak ada perbincangan bermakna mengenai prinsip dan integriti dalam berpolitik, seakan-akan perbuatan menukar parti […]

PH bentang Strategi Belanjawan 2022

Pakatan Harapan (PH) membentangkan Strategi Belanjawan 2022 setelah sesi libat urus sebanyak 13 kali diadakan dengan kerajaan. Perkembangan ini selaras dengan perjanjian persefahaman (MoU) PH dan Kerajaan Persekutuan yang menjadi batu asas kepada pembentukan pendekatan ‘whole-of-nation’ dalam membentuk polisi untuk membaik pulih dan membina semula negara pasca Covid-19. Atas semangat kerjasama dwipartisan tersebut juga, PH […]

Belanjawan 2022 dan transformasi Parlimen

Oleh Fakhrurrazi Rashid (Koordinator Penyelidik REFSA) PADA 13 September 2021, kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.  Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melaksanakan pembaharuan parlimen dan usaha ini perlu dilaksanakan dalam kadar segera.  Antara pembaharuan tersebut adalah mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen, peruntukan saksama kepada semua ahli parlimen, memberi kemudahan […]

RMKe-12 pinggirkan reformasi institusi dan politik negara

Oleh Fakhrurrazi Rashid (Koordinator Penyelidik REFSA) Akhirnya, Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) telah dibentangkan di parlimen setelah lebih setahun ditangguhkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN). Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mula merangka RMKe-12 pada tahun 2019. Tetapi, pertukaran kerajaan PN pada Mac 2020 telah menyebabkan RMKe-12 diubah semula dengan mengambil kira krisis COVID-19 dan ekonomi negara. […]