Melayu tetap jadi PM, fitnah jijik Utusan dikutuk

Membidas fitnah terbaru Utusan, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini menjelaskan petikan “selagi saya hidup” yang didakwa dikatakan oleh Karpal adalah satu putar-belit keji oleh Utusan Malaysia.

DAP kecil cili padi – Oleh Iza Suraiya

DAP yang kecil cili padi ini mungkin akan menjadi parti yang benar-benar dihormati apabila (tanpa kawalan media oleh UMNO-BN) umum menyedari parti ini membawakan demokrasi sosial yang berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan 1957.

Pemimpin BN biarkan kuil Hindu di Pulau Pinang diroboh tanpa notis

Menurut kenyataan Pengerusi MCCBCHST Pulau Pinang, Bishop Antony Selvanayagam, perobohan kuil Hindu yang berusia 40 tahun tanpa pemberitahuan itu telah menyinggung perasaan masyarakat Hindu dan tidak menghormati hak asasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu kebebasan untuk beragama.

Bersih 3.0 ‘gagal’, terima kasih polis – Oleh: Hafiz Zainuddin

Ucapkanlah terima kasih kepada polis kerana memberi sedikit ruang dan masa untuk kita berhimpun di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Semasa saya berada di Jalan Sultan, saya langsung tidak mempunyai sebarang perasaan yang tidak enak. Anggota polis yang ada cuma memerhatikan keadaan. Malah majoriti mereka tidak membawa apa-apa senjata.

SPR milik UMNO? – Oleh Izmil Amri

Saya sengaja tebalkan perenggan ke dua dan menggariskan frasa ‘mendapat kepercayaan awam’ supaya anda memahami bahawa SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja tanpa perlu dinasihati oleh Perdana Menteri ini mestilah terlebih dahulu ‘mendapat kepercayaan awam’.

Hak negeri, hak Pusat

Ini adalah kos untuk mewujudkan demokrasi. Kos ini semua rakyat bersedia tanggung kerana ia adalah untuk memilih pemimpin yang lebih baik dan responsif. Dan jika ada pilihanraya sudah tentunya perwakilan akan lebih responsif. Seperti yang saya kata, KL mempunyai tiga set pemimpin iaitu Kementerian Wilayah, Datuk Bandar, dan Ketua Pengarah. Sememangnya di sini berlaku konflik.

Kenyataan Media oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 18 Januari 2012

Kerajaan Negeri Pulau Pinang Telah Mengarahkan Penasihat Undang-undang Negeri Untuk Mengeluarkan Pemberitahuan Warta Yang Mengecualikan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan Pulau Pinang Daripada Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 Sebagai Langkah Awal Sebelum Memohon Pengisytiharan Mahkamah Untuk Memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya Untuk Menjalankan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan Penasihat Undang-undang Negeri untuk […]

Deklarasi Shah Alam

Rakyat Malaysia ingin bersuara dan didengar. Masyarakat yang mengongkong pemikiran bebas akan menindas daya kreativiti rakyatnya. Ruang demokrasi diperlukan untuk mencapai kemajuan dan daya saingan.