Pengerusi DAP Perak mangsa fitnah, pembelian tanah sah dan terbuka

Ngeh menjelaskan bahawa dakwaan blog pro-BN, Pisau.net yang menuduh Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meluluskan tanah itu kepadanya sebagai habuan untuk DAP, sebagai parti majoriti di Perak selepas PRU 2008, kerana melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak, adalah satu penipuan dan fitnah berniat jahat.

Najib mesti jawab tuduhan Deepak dulu – Gobind

“Najib sepatutnya memimpin melalui tauladan dengan mengadakan siasatan terbuka dan memberi respon terhadap dakwaan Deepak Jaikishan baru-baru ini,” ujar Gobind, sambil menambah bahawa Perdana Menteri sendiri mesti memberi kerjasama penuh dalam siasatan terbabit demi membuktikan beliau benar-benar serius.

“Wanita perlu diberi ruang lebih besar”- Siti Zailah

Mungkin golongan lelaki tak memahami. Wanita dia perlukan waktu rehat, dia juga perlukan hubungan yang rapat dengan anak. Dia mungkin tidak selesa bekerja jika hatinya risau terhadap keselamatan anak-anak. Sebab itu kita perlukan satu dasar, satu sistem sokongan yang mantap kepada wanita.

BN mesti batal Lynas jika rakyat didahulukan

DAP menyokong penuh segala usaha mempertahan dan memelihara alam sekitar termasuk mendesak kerajaan BN menghentikan segera operasi pusat pemprosesan nadir bumi Lynas, di Kuantan yang berisiko menyebabkan pencemaran radio aktif.

Najib Kini Mengemis Undi ? – Oleh Adil Mat Selamat

Kita amat bimbang, jika UMNO menang, rakyatlah yang terpaksa menanggung kos kempen ‘komisyen’ Najib ini. Kita amat sedar bahawa belanjawan baru-baru ini, Najib menggunakan berbilion ringgit hanya untuk ‘one off’ bantuan kepada rakyat.

SPR ‘akui’ ada kes daftar seorang pengundi dua kali

“Kehadiran pihak dan individu yang tidak bertanggungjawab untuk memanipulasi daftar pemilih juga dikesan dalam suku keempat 2011 senarai daftar pemilih yang telah diserah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Penambahbaikan Sistem Pilihan Raya,” Dr. Ong Kian Ming

Kumpulan penyokong AES diupah berdemo akhirnya ‘hilang’

Kumpulan penyokong Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang berdemonstrasi dan menyerahkan memorandum ketika hari pertama persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menghilangkan diri setelah diajak berdialog bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Siapa peduli Obama menang? Oleh Izmil Amri

Kepedulian politik itu penting. Sebagai rakyat yang diperintah orang yang tidak mendapat wahyu dari langit malah daripada amanah kita sendiri, tidak boleh lari daripada kepedulian terhadap politik.

UMNO dikejar “dosa dan bayang-bayang Memali”

Dalam satu kenyataannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah pun melancarkan perang terhadap Islam sebaliknya kerajaan BN sendiri bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang Islam dalam tragedi berdarah Memali, Kedah pada 1985.