‘Perkahwinan’ UMNO-PAS: Titik hitam aspirasi penyokong PAS

Dari Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands ke Semenyih, dengan tirai pesta demokrasi bakal dibuka lagi bagi kerusi DUN Rantau di Negeri Sembilan. Apa-apa pun, kita menzahirkan ucapan tahniah kepada Yang Berhormat Ramli Mohd Nor dan Yang Berhormat Zakaria Hanafi. Semoga amanah rakyat ini akan dihargai dengan perkhidmatan yang bernas serta bermakna kepada rakyat. Namun, […]

Utusan, sungguhkah Melayu menyesal mengundi HARAPAN?

Walaupun kini kelihatan seakan ‘mesra kerajaan’, tidak salah untuk kita berpegang kepada hakikat bahawa Utusan Malaysia masih lagi akhbar lidah rasmi UMNO, dengan pegangan saham sebanyak 49.77%. Ahad lalu, akhbar tersebut mendakwa bahawa orang Melayu sudah kelihatan menyesal kerana tidak mengundi UMNO. Kolum Awang Selamat mengajukan pendapat bahawa isu-isu semasa yang membawa kesan kepada orang […]

Ekonomi Malaysia semakin suram

Dalam apa pun tindakan ketua-ketua UMNO-Barisan Nasional (BN) dan jentera diayah (dakyah) mereka, yang termasuk laskar siber K9, unsur putar-belit sentiasa ada dan amat jelas. Baru-baru ini, Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengherdik pembangkang dan pengkritik kononnya mensabotaj ekonomi negara. Menteri Kewangan itu […]

DAP gesa kerajaan tukar model ekonomi lama, buat anjakan paradigma

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Kerajaan melalui kementerian serta agensi yang berkaitan perlu membuat anjakan paradigma dalam menyesuaikan keadaan ekonomi negara dengan situasi globalisasi masa kini yang semakin dilihat tidak menentu. Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong justeru itu berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu menjadi peneraju utama dalam mencari model ekonomi baru […]

UMNO berebut kuasa, rakyat Kedah diabai

  BUKIT MERTAJAM 29 JAN: UMNO khususnya di Kedah digesa supaya berhenti berlegar dalam lingkungan ‘siapa harus ditampuk kuasa’ ketika rakyat terpaksa berhadapan dengan keparahan ekonomi global mahupun tempatan. Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong kesal kerana UMNO hanya peduli soal kuasa sedangkan rakyat negara ini terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi dunia […]

PAS harus ambil iktibar salah langkah Parti Salafi An-Nour

Saya masih ingat detik-detik kebangkitan rakyat Mesir kira-kira lima tahun lalu. Jutaan rakyat, dari segenap lapisan masyarakat, turun ke jalanan mendesak pengunduran Hosni Mubarak. Kebangkitan itu membawa suatu harapan baru, bukan saja kepada warga Mesir dan dunia Arab; bahkan penyokong kebebasan, keadilan dan demokrasi di seluruh pelusuk dunia. Bahkan lagu-lagu Arab yang membangkitkan semangat para […]

Catatan: Dari aktivisme non-partisan ke politik kepartian

SEPANJANG penglibatan aku dalam DAP, banyak pengalaman yang telah aku lalui. Ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang terkecil hati, ada yang sangat dapat dibanggakan. Meskipun hanya beberapa tahun berada dalam DAP, aku sebenarnya melihat DAP jauh sebelum itu. Gerak kerja menawan hati pengundi hinggalah kontroversi yang mengundang kebencian umum terhadap DAP, telah aku nilai. Baik buruk cantik hodoh […]

2016: Ekonomi kian parah, Najib tiada azam selamatkan Malaysia

Kita kini sedang berhadapan saat yang amat luar biasa. Malaysia sedang dilanda ‘ribut badai’ yang cukup dahsyat dari segi politik dan ekonomi. Tanda-tanda perubahan yang seolah-olah hanya boleh berlaku “sekali dalam senggang generasi”, kalau pun tidak “sekali dalam seumur hidup” semakin kelihatan. Besar kemungkinan, keadaan bakal menjadi lebih parah pada tahun 2016 sebelum perubahan kita […]

Menteri UMNO jadi badut di tengah-tengah keperitan rakyat

KUALA LUMPUR 29 DIS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan pelawak dan menteri bahkan timbalan menteri bakal bertukar pentas jika mereka terus-terusan membuat kenyataan seperti Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Ahmad Maslan. “Pelawak seperti Harith tak dapat cari makan kerana Menteri dan Timbalan Menteri seperti Ahmad ingin ambil alih tugas jadi pelawak,” katanya […]

5 cara untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia

Krisis ekonomi yang sangat kritikal sedang melanda Malaysia dan seakan-akan tidak kelihatan jalan keluar dalam masa terdekat ini. Kerajaan pula tidak sedikit pun dilihat bersedia mengakui keadaan ekonomi yang amat merudum kini, apatah lagi untuk menangani beberapa asas pemahaman makroekonomi atas apa yang sedang berlaku dan apa yang perlu dilakukan untuk Malaysia ke hadapan nanti. […]

Surat untuk penyokong UMNO

Saudara dan saudari, Dalam kalangan rakan-rakan saya ada penyokong daripada banyak parti politik baik UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain. Satu-satunya titik persamaan antara kesemua penyokong-penyokong pelbagai parti ini adalah bagaimana kita semua mahukan yang terbaik buat Malaysia, negara yang kita cintai. Walaupun caranya berbeza, matlamatnya tetap sama. Sebagai negara berdemokrasi, parti-parti tersebut akan bersaing […]