Khairy harus jawab terperinci penyelewengan RM100 juta oleh pegawai kanan kementeriannya

KUALA LUMPUR, 21 MAC: Mengesahkan sahaja bahawa pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan terlibat menyeleweng dana kerajaan lebih RM100 juta adalah tidak mencukupi, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming. Katanya, beliau tidak puas hati dengan jawapan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berhubung isu ‘songlap’ wang rakyat tersebut kerana tiada apa-apa maklumat yang […]

Lebih 2,000 penduduk rumah panjang Iban tiada bekalan air

SRI AMAN: Lebih 2,000 penduduk masyarakat Iban di 25 rumah panjang bahagian Undup di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang terpaksa bergantung kepada sistem air graviti sebagai sumber utama menguruskan kegiatan harian kerana tiada kemudahan air terawat. Lebih menyedihkan, mereka berdepan masalah ketiadaan air sehingga berbulan-bulan jika sumber air dari sistem graviti kering mengakibatkan mereka terpaksa […]

Sabah patut isytihar darurat atasi krisis air di Tawau

TAWAU 23 FEB: Kerajaan Sabah digesa supaya mengambil langkah drastik bagi membendung masalah bekalan air di sini berikutan fenomena El Nino yang melanda negara sejak awal tahun ini. Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Chan Foong Hin, berkata, jika krisis itu berlarutan kerajaan harus mengisytihar lokasi berkenaan sebagai kawasan darurat. “Kedua-dua pusat pemulihan […]

Apa kapal pengawal pantai China buat di perairan Malaysia?

MERENTAS Lautan Pasifik, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama barisan pemimpin dana elitis negara ASEAN sedang bersidang bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Obama yang dalam pecutan akhir sebelum melabuhkan tirai pentadbirannya. Yang pasti, sidang kemuncak AS-ASEAN itu episod akhir bagi beliau dalam drama pertembungan antara dua kuasa yang menjadikan ASEAN sebagai perisai. Ia […]

Pakatan Harapan bakal kembalikan momentum politik tanah air

KUALA LUMPUR 6 DIS: Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini dijangka mengembalikan semula momentum kepada gabungan parti pembangkang untuk meneruskan usaha melawan kezaliman UMNO BN. Harapan itu disuara pimpinan muda DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu melakar masa depan politik tanah air dengan cemerlang berikutan terkuburnya Pakatan Rakyat akibat manipulasi isu hudud yang […]

Ditahan bawa poster RM2.6 bilion tapi kena ujian air kencing

KUALA LUMPUR 23 DIS: Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Wong Kah Woh menyifatkan tindakan polis terhadap Ketua DAPSY Raub sebagai berlebih-lebihan kerana memiliki poster RM2.6 bilion bukan suatu kesalahan. “Adakah polis mempunyai keraguan berasas bahawa Low Yong Zhao melakukan kesalahan jenayah sehingga terpaksa dibawa ke balai polis? Apakah alasan polis untuk menjalankan ujian air kencing […]

Pilih kasih, paip air dan permusuhan rumah panjang

DULU, dua kejiranan rumah panjang – Rumah Timban dan Rumah Chirry di Sungai Iran, di Song berkongsi paip air dari empangan utama. Namun, air empangan itu kian sukar susut dan paras air menjadi sangat rendah hingga tidak dapat menampung keperluan dua rumah panjang itu. Paip usang sejak dipasang 15 tahun lalu, menambahkan lagi masalah kerana […]

Kerajaan BN abai projek bekalan air, Impian Sarawak turun sambung paip

SARAWAK 2 DIS : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelawan, Wong Kee Woan kesal berikutan Kerajaan Sarawak seolah-olah menghukum rakyat yang menyokong pembangkang, dengan sengaja mengabai aspek kemudahan asas, khususnya penduduk pedalaman negeri itu. Beliau berkata, ia berikutan banyak kawasan yang pengundinya menolak Barisan Nasional (BN) tidak menerima bekalan air dan elektrik menyebabkan penduduk kesukaran […]

Adun DAP ‘sakit hati’ lihat ibu mengandung angkut air catuan

JOHOR 25 NOV: Ahli Dewan Negeri (Adun) Johor Jaya, Liow Cai Tung berasa sakit hati menyaksikan warga emas dan ibu mengandung terpaksa mengangkut bekas air yang berat berikutan catuan empat bulan. “Sakit hati apabila penduduk di kawasan saya terpaksa menanggung kesulitan bekalan air berjadual selama empat bulan. Semasa melawat ke rumah mereka, pelbagai masalah dihadapi. […]

Dari pencemaran kawasan tadahan kepada monopoli air Johor

JOHOR dikurnia dataran yang luas, pesisiran pantai yang panjang dan kaya dengan pelbagai sumber asli termasuk sumber air yang lumayan. Terdapat 10 lembangan sungai utama di Johor termasuk Sungai Johor, Sungai Muar,Sungai Kesang, Sungai Batu Pahat, Sungai Pontian, Sungai Benut, Sungai Pulai, Sungai Sedili Besar, Sungai Mersing dan Sungai Endau. Tidak kurang yang menjadi sumber […]

Perlombongan pasir antara punca pencemaran kawasan tadahan air Johor

JOHOR 24 NOV: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Tan Hong Pin mendesak Kerajaan Johor memberi keutamaan kepada usaha memulihara kawasan tadahan air yang tercemar teruk hingga menjejaskan bekalan air bersih. Ia berikutan pencemaran itu didedah dalam Laporan Ketua Audit Negara 2014 tetapi tiada tindakan serius diambil mengakibatkan kawasan tadahan air terus tercemar hingga menggagalkan […]

Kawasan tadahan air tercemar antara punca krisis air Johor berlarutan

JOHOR 23 NOV: Kerajaan Johor perlu memastikan kawasan sekitar tadahan air di kawasan empangan tidak tercemar hingga menyebabkan kegagalan proses pembenihan hujan seterusnya masalah bekalan air berlarutan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkibol, Tan Hong Pin, berkata pewartaan kawasan tadahan air yang diumum Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor, Datuk […]