Najib usah terus membisu, jelas segera status Mohd Nadzri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya terus membisu sebaliknya menjelaskan segera status pegawai penyiasat tunggal Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Mohd Nadzri Ibrahim adalah seorang daripada pegawai yang terbabit dalam kes Teoh Beng Hock.

Pembaharuan rohani rakyat Malaysia dihalang kuasa ekstrem Dr Mahathir, Muhyiddin

Rakyat Malaysia mesti melalui proses pembersihan sebagaimana filsuf Greek, Aristotle antara yang pertama memperkenalkan perkataan ‘catharsis’ yang bermakna ‘pembersihan atau penyucian yang membawa pembaharuan rohani menuju ke arah kerajaan mesra rakyat yang menghormati demokrasi, kebenaran, kebebasan, keadilan, integriti dan kebajikan sosial.

DAP cabar Najib perjelas siapa sebenarnya Nadzri Ibrahim

DAP hari ini mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada Pegawai Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Nadzri Ibrahim adalah individu sama yang terbabit dalam kes kematian, Teoh Beng Hock, dalam tahanan.

Kit Siang kesal sikap diskriminasi Muhyiddin

“Kabinet Najib sendiri tidak menunjukkan adanya komitmen kerajaan terhadap usaha menjunjung Perlembagaan, memandangkan kita mempunyai Paul Low, seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengukuhkan integriti dan tadbir urus yang baik sedangkan beliau adalah seorang anggota Kabinet yang haram kerana lebih sebulan berlalu tetapi belum mengangkat sumpah sebagai seorang Senator dan sebagai Menteri,” tambahnya

Tiga cadangan kepada SYABAS elak bebankan penduduk

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) digesa supaya lebih prihatin terhadap penduduk setempat yang menjadi mangsa gangguan bekalan air pada Mei lalu yang telah mengakibatkan bekalan air penduduk sekitar kawasan SS12 hingga SS19 terjejas.