Kit Siang juga tidak dibenar masuk Sabah

Lima individu terbabit ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

DAP desak tubuh IPCMC kerana EAIC membazir

DAP desak supaya Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan seperti yang dicadang Suruhanjaya Siasatan Diraja Polis, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada 2005 sebagai satu cara untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap pasukan polis.

Pilih DAP kerana ideologi demokrasi sosial

Usia bukan penghalang untuk wanita muda ini menceburi diri dalam gelanggang politik Malaysia yang semakin mencabar. Walaupun baru berusia 30 tahun, saudari Wong Shu Qi atau lebih mesra dipanggil Suki Wong berjaya mencipta sejarah di Senai, Johor apabila kerusi Dewan Undangan Negeri itu akhirnya berjaya ditawan Pakatan Rakyat-DAP setelah puluhan tahun menjadi kubu kuat MCA-Barisan Nasional (BN).

DAP, PR rangka pelan UBAH Putrajaya, Sabah pada PRU seterusnya

Pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sedang menganalisis keputusan Pilihan Raya Umum Sabah untuk merangka pelan tindakan bagi memulakan kempen susulan bagi memenangi hati majoriti rakyat negeri di bawah bayu itu kerana pilihan raya seterusnya akan menjadi dua perjuangan untuk UBAH di Putrajaya dan Kerajaan Negeri Sabah.

Adam Adli, Led Zeppelin dan siapa Najib Oleh Hafiz Zainuddin

BELUM pun sempat kerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak panas di Parlimen. Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) seperti berpatah balik dua bulan ke belakang. Rakyat masih tidak jemu untuk berdiri, berhujan, bersesak-sesak mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Pakatan Rakyat ajak Hishammuddin kerjasama di Johor

Pakatan Rakyat mempelawa Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bekerjasama menjana ekonomi penduduk di Johor, termasuk menaiktaraf sistem pengangkutan keretapi bagi menggalak aktiviti pelancongan di negeri itu.