Malaysia Muflis di bawah PR? Najib diminta cermin diri – Tony Pua

Berdasarkan rekod pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang terbukti cemerlang, tidak ada sebab Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menakut-nakutkan pengundi dengan dakwaan naif bahawa Malaysia akan muflis dalam tiga tahun jika PR mengambilalih Kerajaan Pusat.

PATI – Belenggu Sabah – Oleh T.K. Tan

Dalam tinjauan pendapat oleh Merdeka Centre pada bulan September lalu, isu PATI disenaraikan sebagai isu yang utama di Sabah (53 peratus). Dalam tinjauan tersebut, sebanyak 87 peratus daripada responden menyatakan keinginan untuk melihat satu Suruhanjaya Diraja Penyiasatan (RCI) ke atas isu PATI ini. Namun, hanya 54 peratus daripada mereka yang maklum balas percaya RCI ini akan menyelesaikan masalah ini.

Teng dicabar letak jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang – Lim Hock Seng

Lim menganggap dakwaan Teng itu adalah palsu kerana tiada sebarang perjanjian atau dokumen mengenai pembekalan air itu ditandatangani dan tiada sebarang pengumuman mengenai bayaran itu dibuat Kerajaan Negeri Pulau Pinang termasuk dalam Bajet Negeri 2013 yang diluluskan baru-baru ini.

Lapangan Terbang Bayan Lepas: Bumbung pun belum pasang

Kerajaan Negeri Pulau Pinang kecewa dengan pengakuan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kononnya projek naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas sudah hampir siap sepenuhnya sedangkan banyak lagi yang belum selesai.

BN mesti batal Lynas jika rakyat didahulukan

DAP menyokong penuh segala usaha mempertahan dan memelihara alam sekitar termasuk mendesak kerajaan BN menghentikan segera operasi pusat pemprosesan nadir bumi Lynas, di Kuantan yang berisiko menyebabkan pencemaran radio aktif.

Ekonomi Cemerlang: Negeri BN Gagal Saingi Selangor

Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi berbanding negeri lain diikuti Sabah dengan nilai pelaburan RM4.84 bilion membabitkan 22 projek dan Sarawak sebanyak RM4.635 bilion dengan 20 projek.- Teresa Kok