AES versi Guan Eng: Agenda Ekonomi Saksama

“Apa yang kita mahu bukanlah AES – Automatic Enforcement System. Kita mahu Agenda Ekonomi Saksama. Itulah perbezaan antara AES BN dan Pakatan Rakyat,”- Lim Guan Eng

Hina Islam? Selamat jalan MCA Oleh Izmil Amri

Antara tuduhan paling gila pastilah yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa kononnya PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya wanita tersebut tidak menepati peraturan berpakaian yang disarankan agama Islam. Mengucap panjang saya apabila membaca laporan ini. Bagaimana agaknya beliau boleh membenci Islam sampai ke tahap ini, sehingga sanggup memfitnah PAS sampai begitu sekali.

Sampai perlu acu pistol ke kepala? Oleh Izmil Amri

Dari jauh kita akan mendengar slogan dan logo 1Malaysia saranan APCO kepada Perdana Menteri NAJ1B Razak menangis sayu. Ranaplah harapan kesatuan bangsa kemakmuran kaum. Terlihat jelas bahawa Ketua Pemuda UMNO ini langsung tidak ikhlas dengan jawapannya. Malah saya akan terus terang kata bahawa beliau sebenarnya menipu.

Dakwaan ‘bacul’, Tony Pua hanya ketawa

Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dalam kenyataannya kepada media awal pagi tadi menyifatkan ejekan Ismail Sabri itu sebagai sesuatu yang lucu dan menghiburkan.