DAP dari sudut pandang seorang Islamis
Ada dua isu di situ. Pertama; isu takrifan sekular dan keduanya isu berkaitan penglibatan golongan Islamis atau pun golongan agama. Kalau takrifan sekular seperti yang dikatakan oleh Zairil (yakni Zairil Khir Johari yang mewakili DAP dalam wacana tempoh hari), sekular tu bukan yang menentang agama tetapi lebih kepada bahawa agama tidak digunakan sebagai alat diskriminasi dalam pentadbiran.











