Teresa Kok berasa kesal di atas keputusan akhbar Utusan Malaysia untuk memecat wartawan kanan dan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari. Hata telah dipecat kerana berani mengkritik tindakan Utusan Malaysia yang sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman melalui penerbitannya dan mengambil pendirian yang berat sebelah terhadap UMNO di dalam laporan politiknya.
Tindakan Utusan Malaysia ke atas Hata sudah lama dijangka dan tidak menghairankan banyak pihak kerana dasar kewartawanan Utusan Malaysia memang tidak berlandaskan fakta dan kejujuran tetapi lebih berdasarkan pemeliharaan keperluan politik UMNO.