Serangan isu air makan diri Najib, masalah air Pahang lagi teruk

Dalih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengelak dari menjawab soalan mengenai 1MDB dengan menyerang kerajaan Selangor ekoran isu gangguan air akhirnya memakan diri sendiri. Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji berkata, sebelum Najib menyalahkan kerajaan Selangor, beliau sepatutnya meluangkan masa meninjau keadaan bekalan air di Pahang, negeri kelahirannya. “Di Pahang […]

Hannah Yeoh tegur ‘Pegawai Khas PM’ kelirukan rakyat isu air Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini menegur tindakan Pegawai Khas Perdana Menteri, Isham Jalil yang meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Speaker DUN Selangor ekoran masalah air yang melanda negeri itu. Kata Hannah, tindakan Isham itu jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) gagal memahami prinsip pengasingan kuasa. “Bekalan air dah pulih. Sekarang […]

PBRS gagal tepati janji selesai masalah bekalan air bersih di Pensiangan

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) – BN gagal melaksanakan tugasnya dengan baik di Pensiangan apabila projek sistem air graviti bernilai RM380,000 di bawah Peruntukkan Program Mesra Rakyat yang diumumkannya sejak Disember 2017 lalu masih belum siap sebagaimana yang dijanjikan. Projek sistem air graviti yang sepatutnya digunakan sepenuhnya Januari lalu masih gagal berfungsi akibat bahan binaan […]

DAP tidak hairan perangai samseng UMNO, jelajah diteruskan

Kelakuan samseng UMNO yang mendesak supaya program Pakatan Harapan di Kg Bakar Batu Johor Bahru dibatalkan semalam tidak akan memberi apa-apa hasil malah akan menjejaskan lagi imej parti itu di mata rakyat. Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY, Muhammad Shakir Ameer berkata, segala provokasi itu tidak akan menghentikan usaha DAP dan Pakatan Harapan untuk meneruskan program turun […]

Peruntukan projek bekalan air ada tapi kerja tak siap. Apa kerajaan BN Sabah buat?

Masalah bekalan air di Sabah bukan sahaja membelenggu kampung-kampung di daerah pedalaman tetapi juga turut berlaku di beberapa kampung di kawasan yang berhampiran dengan bandaraya Kota Kinabalu. Antara kawasan tersebut termasuklah di Kampung Pulutan yang terletak di Daerah Manggatal yang sehingga kini penduduk terpaksa bergantung dengan sistem air graviti yang diselenggara sendiri. Nasib yang sama […]

Tangguh projek bekalan air penduduk Pulau Gaya, kerajaan UMNO Sabah zalim!

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Tindakan kerajaan UMNO-BN Sabah menangguhkan projek sistem agihan air di Pulau Gaya melibatkan 2,441 rumah yang di diami sekitar 15,000 penduduk merupakan kezaliman kepada rakyat kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin. Beliau membangkitkan perkara itu ketika perbahasan peringkat Jawatankuasa baru-baru ini merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara […]

Ribuan penduduk pedalaman dapat manfaat projek air graviti DAP Sabah, Impian Malaysia

PENSIANGAN, 27 NOV: Ribuan penduduk di pedalaman Sabah yang dipinggirkan kerajaan UMNO-BN telah mendapat banyak manfaat hasil usaha DAP Sabah dan Impian Malaysia melaksanakan pelbagai pprojek bekalan air dan pemberdayaan komuniti. Terkini, DAP telah melancarkan empat lagi projek air graviti dan sistem pam air berkuasa solar di Kg Pangas Ulu, Kg Magatang, Kg Molosok dan […]

BN terbukti gagal selesai masalah bekalan air pedalaman Sabah

SOOK, NOV: Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Sabah terutamanya bagi kawasan pendalaman sejak 50 tahun lalu kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Beliau berkata demikian ketika merasmikan projek bekalan air pam solar dan graviti di Kg Magatang dan Kg Molosok, dekat sini kelmarin. Katanya, transformasi dalam pentadbiran […]

DAP hairan kenapa menara mega 1MDB diberi pengecualian

KUALA LUMPUR, 23 NOV: DAP melahirkan rasa hairan dengan tindakan tidak konsisten Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjalankan arahan kerajaan berhubung moratorium ke atas pembekuan pembangunan hartanah mewah di ibu kota. Kabinet sebelum ini mengarahkan DBKL agar menghentikan sementara kelulusan semua projek pembangunan mewah yang bernilai lebih RM1 juta susulan amaran Bank Negara mengenai […]

15,000 penduduk Pulau Gaya tiada bekalan air bersih, apa UMNO Sabah buat?

KUALA LUMPUR, 17 NOV: Meski pun telah dihuni sejak sebelum zaman pendudukan Jepun, penduduk Pulau Gaya yang terletak hanya 10 minit menaiki bot dari Bandaraya Kota Kinabalu masih belum menikmati kemudahan bekalan air bersih. Lebih menyedihkan, sekitar 15,000 penduduk di pulau itu terpaksa bergantung kepada bekalan air yang dijual dengan harga jauh lebih mahal daripada […]

P. Pinang beri diskaun air, cukai pintu bantu mangsa banjir

GEORGE TOWN, 9 NOV: Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang telah bersetuju untuk mengecualikan surcaj konservasi air bagi tempoh bayaran satu pusingan sepanjang dua bulan bagi pengguna domestik. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pengecualian itu diberikan sebagai membantu meringankan beban kos penggunaan air bagi tujuan pembersihan kediaman dan kawasan yang dilanda banjir. Katanya, diskaun […]

DAP Johor akan pantau pembinaan loji rawatan air Kahang

KLUANG, 3 NOV: DAP Johor berikrar akan terus memantau dan memberi tekanan kepada kerajaan negeri supaya menyiapkan projek pembinaan loji rawatan air Kahang dengan segera agar dapat dimanfaatkan secepat mungkin oleh rakyat negeri ini. Walaupun pembinaan Empangan Kahang telah siap sejak Mei tahun ini, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong dalam kenyataan hari ini berkata, […]