Kejayaan projek air graviti Keningau: DAP buat kerja, bukan sekadar cakap

KENINGAU, 14 FEB: Kejayaan projek air graviti Talayon Tanaru melibatkan hampir 21 kilometer penyambungan paip di Mukim Bunga Raya merupakan hasil kesungguhan DAP menaiktaraf kehidupan masyarakat di pedalaman Sabah untuk menikmati kemudahan asas. Kini, penduduk tidak lagi perlu bersusah payah mengangkut air atau menadah baldi dan tangki menunggu hujan turun. Hajat mereka selama empat dekad […]

Sistem air graviti Impian Sabah tamat penantian empat dekad 2,000 penduduk

KENINGAU, 14 FEB:  Kemarau panjang hampir empat dekad bagi sekurang-kurangnya 2,000 penduduk Mukim Bunga Raya di sini sudah berakhir apabila bekalan air bersih daripada Projek Sistem Air Graviti Talayon Tanaru sudah boleh digunakan. Sistem Agihan Air Graviti yang mencatat rekod 20.7 kilometer terpanjang di Malaysia ini dirasmikan 14 Januari 2017 lalu oleh Setiausaha Publisiti DAP, […]

Air mata kegembiraan sambut kemenangan perjuangan penduduk Permatang Tok Subuh

BUKIT MERTAJAM, 23 JAN: Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh tidak dapat menahan air mata kegembiraan apabila akhirnya mendapat penempatan baru dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Perasaan sama turut dikongsi Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang selama tiga tahun tidak jemu menyokong dan membantu perjuangan 26 buah keluarga yang berdepan pengusiran oleh pihak […]

Projek air graviti DAP, Impian Sabah penuhi hajat penduduk Mukim Bunga Raya

KENINGAU, 22 DIS: Projek air graviti Talayon Tanaru berjumlah RM250,000 di Mukim Bunga Raya inisiatif DAP dan Impian Sabah kini sudah selesai dan boleh digunakan. Sistem air itu melibatkan penyambungan paip agihan sepanjang 20.7 kilometer meliputi lima kampung iaitu Kampung Melidang, Nahaba Baru, Bunga Raya, Kodop Baru dan Tonobon Baru. Dengan adanya sistem air ini, […]

Pulau Pinang jamin tiada catuan air sehingga 2030

GEORGE TOWN, 22 DIS: Langkah tegas Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menjamin bekalan air berterusan tanpa catuan sehingga tahun 2030. Ketua Menterinya, Lim Guan Eng membuat janji tersebut dalam perutusan Perayaan DongZhi semalam, di tengah-tengah kemelut gangguan bekalan air di Selangor ekoran kerja-kerja selenggara oleh Tenaga Nasional Berhad. “Pulau Pinang mungkin satu-satunya negeri dalam sejarah […]

DAP mahu TNB tangguh kerja selenggara, elak gangguan air di musim perayaan

KUALA LUMPUR, 19 DIS: DAP menggesa agar pihak berwajib campur tangan dalam tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di ambang musim perayaan. Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, keputusan syarikat utiliti elektrik itu bakal mengakibatkan penduduk di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air bermula hari ini sehingga Krismas, justeru perlu campur tangan segera […]

Selepas dua tahun minum air hujan, Impian Sabah baiki sistem bekalan air BN

KENINGAU, 14 DIS: Sejak dua tahun lalu, sekitar 90 keluarga di Kampung Kitou dekat sini terpaksa bergantung kepada air hujan dan anak-anak sungai sebagai sumber minuman dan keperluan harian mereka. Kehidupan mereka terganggu setelah sistem air graviti yang disediakan kerajaan BN bernilai RM500,000 pada 2014 itu hanya berfungsi selama 18 hari sahaja sebelum mengalami kerosakan. […]

Penduduk rumah panjang gembira Impian Sarawak bantu naik taraf bekalan air

KAPIT, 12 DIS: Di saat para Menteri mendabik dada kononnya Malaysia semakin menghampiri status negara maju, masih ada rakyat di negara ini tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Ketiadaan bekalan air yang sempurna telah menyebabkan penduduk Tr Sabang Nanga Buya di Pelagus sukar melakukan rutin harian mereka. Selain terpaksa mandi di sungai, bekalan minuman yang […]

Mencari Malaysia, bersama Zairil

Setiap kali timbul persoalan apa yang membentuk jati diri kita sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu jawapannya sering dikait dengan makanan atau budaya. Kita berbangga dengan kepelbagaian makanan kita, yang terbaik, dan kita juga amat berbangga ia dinamakan dalam frasa bercitra Malaysia. Semua itu tercipta untuk merai dan memenuhi ruang senggang lepak kita – namakan apa […]

Cakap tak serupa bikin? Khairy digesa desak polis bebaskan Maria

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dicabar supaya mendesak polis agar membebaskan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah daripada disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Cabaran itu dibuat Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataannya hari ini berikutan hujah Khairy di Parlimen sebelum ini yang menegaskan bahawa perhimpunan […]

Pulau Banggi: Pulau terbesar di Malaysia hadapi kemelut air, kemiskinan tiada kesudahan

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Mungkin ramai yang tidak menyedari tentang Pulau Banggi yang merupakan pulau yang terbesar di Malaysia selepas Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, pulau berkeluasan 447 kilometer persegi yang terletak di daerah timur laut Kudat, Sabah itu tidak senasib dengan Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Pulau tersebut jauh ketinggalan dari segi infrastruktur […]

Zairil jawab Khaled Nordin, kakitangan awam ada hak sokong mana-mana parti politik

GEORGE TOWN, 14 NOV: Menjadi hak peribadi setiap pegawai awam di negara ini untuk memilih dan menyokong mana-mana parti politik tanpa sebarang sekatan oleh pihak kerajaan yang memerintah, ujar Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari. Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera itu, dalam urusan dan pelaksanaan kerja serta tanggungjawab seharian, setiap kakitangan awam tidak […]