Pulau Banggi: Pulau terbesar di Malaysia hadapi kemelut air, kemiskinan tiada kesudahan

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Mungkin ramai yang tidak menyedari tentang Pulau Banggi yang merupakan pulau yang terbesar di Malaysia selepas Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, pulau berkeluasan 447 kilometer persegi yang terletak di daerah timur laut Kudat, Sabah itu tidak senasib dengan Pulau Pinang dan Pulau Langkawi. Pulau tersebut jauh ketinggalan dari segi infrastruktur […]

Zairil jawab Khaled Nordin, kakitangan awam ada hak sokong mana-mana parti politik

GEORGE TOWN, 14 NOV: Menjadi hak peribadi setiap pegawai awam di negara ini untuk memilih dan menyokong mana-mana parti politik tanpa sebarang sekatan oleh pihak kerajaan yang memerintah, ujar Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Zairil Khir Johari. Bagaimanapun, menurut Ahli Parlimen Bukit Bendera itu, dalam urusan dan pelaksanaan kerja serta tanggungjawab seharian, setiap kakitangan awam tidak […]

Segera bertindak tangani krisis air Johor dengan keazaman politik

Saya telah membangkitkan isu krisis air di Johor dalam persidangan kamar khas Parlimen pada 7hb November 2016 dan mendesak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) untuk bertindak segera sebelum krisis air yang lebih besar melanda Johor. Punca utama krisis air di Johor adalah kerana kebanyakan kawasan tadahan air yang telah dijadikan kawasan tanaman kelapa […]

DAP Pahang gesa kerajaan ambil langkah holistik tangani krisis air

MENTAKAB, 3 NOV: Kerajaan negeri Pahang diminta menangani krisis air yang melanda negeri itu sejak enam bulan lalu secara menyeluruh. Ia termasuk dengan menjalankan tender terbuka, pemantauan secara berkesan, penguatkuasaan undang-undang dan penyelarasan bidang kuasa agensi-agensi terbabit. Cadangan ini dibuat Ketua Pembangkang DUN Pahang Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji selepas menghadiri bengkel Kelestarian Sumber […]

Air Selangor: Orang lain punya angkara, kerajaan Selangor tanggung bala

SHAH ALAM, 2 NOV: Gangguan bekalan air yang melanda Selangor baru-baru ini berlaku ekoran pencemaran bahan kimia di Sungai Semenyih dan Sungai Buah. Pencemaran tersebut telah menyebabkan air sungai berbau dan berbuih. Berdasarkan ujian sampel air yang dilakukan, dua sungai tersebut dicemari bahan kimia “4-bromo difenil ether” (4-Bromo Diphenyl Ether). Dalam satu kenyataan sebelum ini, […]

Projek air graviti Impian Sabah: Kemarau di Mukim Bunga Raya Keningau bakal berakhir

KENINGAU, 31 OKT: Sekurang-kurangnya 2,000 penduduk daripada lima buah kampung di Mukim Bunga Raya di sini boleh menarik nafas lega apabila DAP melalui Impian Sabah melancarkan projek air graviti ‘Talayon Tanaru’ yang bermula hari ini. Projek memakan kos RM250,000 itu telah dilancarkan pada 28 Oktober baru-baru ini oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang bersama […]

Kerajaan diseru tingkatkan peruntukan Jabatan Alam Sekitar bagi tangani krisis air

KUALA LUMPUR, 28 OKT: DAP menggesa Kerajaan Persekutuan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Belanjawan 2017 yang dibentangkan baru-baru ini bagi menangani masalah gangguan bekalan air dalam negara. Ia berikutan tindakan kerajaan Persekutuan yang mengurangkan peruntukan kepada JAS untuk kerja pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang dari RM105 juta ringgit pada 2016 kepada hanya RM76.5 […]

Pencemaran air Selangor, Menteri Dalam Negeri tidak boleh membisu

PUCHONG, 25 OKT: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa segera bersuara tentang langkah-langkah diambil kementeriannya untuk membantu usaha menangani masalah pencemaran air di negeri Selangor. Membuat gesaan terbabit, Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, dapatan awal siasatan menunjukkan terdapat unsur pencemaran yang bermula dari Sungai Buah di Negeri Sembilan yang mengalir […]

Pembalakan Gua Musang: ‘Misteri’ Air Terjun Dakota terungkai

GUA MUSANG, 16 OKT: Baru-baru hangat apabila sebuah foto menjadi viral di media sosial berhubung kerosakan yang berlaku di Air Terjun Dakota terletak sekitar 20 kilometer dari Pos Gob, kawasan yang terjejas teruk akibat pembalakan. Pendedahan awal kerosakan di air terjun Dakota yang dibuat aktivis alam sekitar dari Royalti (R) Malaysia Syam Ghaz itu mendapat […]

Pembongkaran rasuah Jabatan Air Sabah hanya contoh kecil masalah sebenar rasuah negara

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Rampasan bernilai RM112 juta melibatkan dakwaan rasuah dua pegawai Jabatan Air Sabah menggegarkan negara apabila gambar barang-barang sita termasuk wang tunai berkotak-kotak menjadi viral di media sosial. Akhbar-akhbar arus perdana meletakkan berita tersebut di muka hadapan, dengan tajuk huruf besar ‘Luar Biasa’ beserta gambar wang tunai berkotak-kotak. Namun bagi Ketua Parlimen […]

Noh Omar tak perlu politikkan masalah bekalan air di Selangor

PETALING JAYA, 27 SEP: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar diminta agar tidak mempolitikkan masalah bekalan air di negeri itu dengan menuduh kononnya pentadbiran Pakatan Harapan tidak bersungguh-sungguh mencari jalan untuk menanganinya. Sedangkan, sejak kerajaan negeri mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga pada akhir tahun lalu pelbagai projek […]

Jika Khairy berani dedah skandal FAM, mengapa tidak 1MDB?

KULAI, 9 SEP: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin bertindak tepat apabila menyifatkan  maklumat yang terkandung dalam pendrive melibatkan skandal rasuah Kesatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah lebih penting daripada siapa yang mendedahkannya. Beliau dilaporkan berkata, apa yang lebih penting ialah untuk mengetahui maklumat yang didedahkan dan bukannya siapa yang mendedahkan maklumat tersebut. Namun soal Ahli […]