The Heat: Guna Hak Berfikir Sebelum Hak Bersuara? – Haris Zuan
Berapa kerat sahaja yang baca The Heat. Malah sebelum permit The Heat ini digantung tidak bertali (meminjam istilah Fathi Aris Omar) oleh Kementerian Dalam Negeri, kebanyakan kita tidak sedar pun akan kewujudan akhbar mingguan ini. Tetapi kita pastinya tidak terlalu naif untuk menyedari bahawa tindakan ini adalah peringatan untuk yang lain agar lebih ‘berhati-hati’ dalam laporan mereka.










