DAP pantas bantu mangsa banjir

Oleh Ghafar NS Awal tahun 2021 kita diberitakan dengan beberapa kawasan di dalam negara yang mengalami banjir, seolah-olah Covid-19 bukanlah bencana terakhir 2020 yang terpaksa kita tempuhi. Dalam memastikan masyarakat yang terjejas akibat banjir ini dapat meneruskan hari-hari mereka, meringankan beban setelah kemusnahan harta benda dan memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19, wakil-wakil rakyat DAP pantas […]

Tidak suka politik kotor? Mengapa tidak kita yang mengubahnya? – Mahasiswa Roket

Permainan politik lapuk yang masih subur dalam lapangan politik tanah air menjadi sebab utama Mahasiswa Roket ditubuhkan. Ini bertujuan untuk menggesa ahli-ahli politik berhenti bermain politik dan menunjukkan tindakan sebenar sebagai wakil rakyat. “Sekiranya kita tidak suka politik kotor, mengapa kita tidak mengubahnya sendiri?” Soal Presiden Mahasiswa Roket, Calvin Yeoh kepada anak muda hari ini […]

‘Sepatutnya puji Veveonah dedah masalah jurang digital, bukan tuduh melulu’

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu 9 September 2020: Zahidi dan Abdul Rahim telah berkonspirasi untuk menggambarkan insiden Veveonah ini sebagai satu episod komedi kesilapan, menunjukkan yang negara kita sedang menjadi sebuah kakistokrasi di bawah kepimpinan Muhyiddin Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin […]

Tumpu bangunkan negara, bukan politik dendam picisan

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin 10 Ogos 2020: Seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan kembali berazam dan berjuang semula untuk mengembalikan maruah dan kesusilaan dalam sebuah Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, dan integriti Saya menyeru semua rakyat […]

DAPSY lapor SPRM dakwaan suapan jawatan menteri, GLC babitkan PM

Sosialis Muda DAP (DAPSY) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung rakaman suara mirip Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tular baru-baru ini.  Setiausaha DAPSY, Teh Hoong Keat mendakwa ia mendedahkan antara lain rancangan pemilik suara itu untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen UMNO menerusi tawaran jawatan menteri atau pengerusi syarikat […]

Mereka yang berdosa

Syam Atilla berjalan terus ke depan. Tidak langsung dipandangnya ke belakang. Dia yakin Imma mengejarnya dari belakang. Imma memanggil-manggil namanya. Atilla terus berjalan. Semakin lama semakin deras langkah kakinya. Berderap bagai seorang laskar berkawad. Tetapi deras. Sesekali bunyi seperti kakinya dihentak-hentak ketika berjalan. Seperti sengaja dibuat-buat.  Aku hanya melangkah perlahan-lahan sahaja. Tidak kuasa aku melayan […]

Saranan ‘tiru suara Doraemon’, ‘bersolek di rumah’ undang reaksi warganet

Pengguna media sosial hari ini menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap saranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kepada keluarga terutamanya wanita yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kementerian terbabit dalam satu hebahan di media sosial rasminya, antara lain mencadangkan isteri supaya tidak berleter, sebaliknya meniru suara watak komik, Doraemon bagi memujuk […]

Pabila kata-kata nista terpantul ke muka sendiri

Melayu ‘terbangsat’ jika UMNO hilang kuasa, kata Najib Razak hampir setengah dekad lalu. Kini, tampuk kuasa di Putrajaya bertukar tangan, Barisan Nasional (sebelum ini Parti Perikatan) yang diketuai UMNO hilang kuasa. Setelah hampir dua tahun Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan Persekutuan, rakyat dapat melihat bahawa Raja-raja Melayu yang menjadi tunjang kepada negara masih bertahkta, Perlembagaan […]

Kanak-kanak sebagai pemegang taruh dalam Visi Kemakmuran Bersama 2030

Oleh Lim Yi Wei (Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku di Selangor)  Pada setiap 20 November, Unicef menyambut Hari Kanak-kanak Sedunia dengan kempen #KidsTakeOver. Kanak-kanak akan mengambil alih di siaran radio, politik dan bidang-bidang lain untuk mengutarakan isu-isu yang mereka rasa penting bagi diri mereka. Di bawah program anjuran Unicef Malaysia, Project ID dan Undi18, 20 […]

Kalah bukan bererti tewas

Oleh Hafiz Zainuddin (Tulisan ini kali pertama diterbitkan dalam buku bertajuk Tokoh: Jatuh Bangun Veteran DAP) Pada 1976,  tokoh Johor, Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketiga menggantikan Tun Abdul Razak yang meninggal dunia. Sementara itu, dalam senyap-senyap, seorang lagi anak Johor mencatatkan sejarah tersendiri apabila menubuhkan sebuah cawangan ‘Melayu DAP’ yang pertama di […]

Toleransi dan rundingan: Menuju bangsa Malaysia yang demokratik

Tanggal 31 Ogos dan 16 September, dua tarikh yang telah melakar sejarah penting dalam sejarah Malaysia. Malah bukan itu sahaja, kedua-dua tarikh ini menandakan Bangsa Malaysia mampu untuk berdiri sendiri tanpa mengharapkan penjajah untuk memimpin mereka. Cukup hanya dengan tubuh badan anak Bangsa Malaysia sendiri buat membina dan membangunkan negara tercinta ini. Saban tahun apabila […]

Undi 18 dan pendidikan politik

Tahniah rakyat Malaysia kerana berjaya membuat satu lagi sejarah bersama – menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun. Pindaan Perlembagaan adalah suatu yang sukar berlaku sejak 2008 kerana tiada kerajaan yang menguasai Dewan Rakyat melebihi majoriti dua pertiga. Begitu juga pada kali ini.  Namun usul ini berjaya juga dilaksanakan kerana pembangkang turut bersama-sama menyokongnya. Pada mereka […]