Mengubah permainan politik dengan #Undi18

Cadangan menurunkan had umur mengundi ke usia 18 tahun oleh kerajaan Pakatan Harapan, bersekali dengan pendaftaran pengundi secara automatik yang diajukan oleh pembangkang, akan menjadi sebuah ‘game changer’, merubah bagaimana politik dan polisi diungkap dan dilaksanakan di Malaysia, buat selama-lamanya. Usia muda ada kelebihannya: kurang bagasi sejarah dan justeru itu lebih berani. Mereka yang memiliki […]

Suntikan dana RM6.23 bilion: Bukti tekad kerajaan PH pulihkan FELDA

Pembentangan Kertas Putih “Ke Arah Kelestarian Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)” di Parlimen semalam membuktikan komitmen dan tekad kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan agensi berkenaan ke tahap yang lebih baik. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa membentangkan kertas putih tersebut memaklumkan bahawa kerajaan akan menyuntik dana sebanyak RM6.23 bilion untuk […]

Kenapa Najib Razak boleh begitu popular sekarang

Dalam dunia ini, kisah kehidupan manusia cuma ada dua kesudahan. Pertama tragedi, kedua komedi. Industri akhbar dan pemberitaan terbina atas puing-puing tragedi. Kerana itu kita sering melihat kisah-kisah tragedi menjadi tajuk utama muka depan akhbar; malah berlarutan hingga beberapa muka surat kemudiannya. Jika tidak ada tragedi, tidak ada berita. Tiada kontroversi, tiada publisiti. Sebagai contoh, […]

Pemimpin muda DAP rayu PTPTN tangguh laksana skim potongan gaji berjadual

Kami terkejut dengan pengumuman dasar pembayaran balik pinjaman yang diumumkan oleh Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan semalam di mana beliau telah memperkenal skim potongan gaji di antara 2% sehingga 15% berdasarkan pendapatan peminjam atau dikenali sebagai PGB. Dasar ini telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan anak muda dan […]

Apa khabar PU Zahid Hamidi?

Meskipun kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap hendak berdabik dada seolah-olah masih lagi menduduki kuasa dalam kerajaan. Apatah lagi pemimpin yang kini mengepalai parti Melayu Umno itu kini berhadapan dengan 45 tuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM114 juta. Terdapat suara dalaman […]

Politik air mata Mahathir

Mahathir tidak peduli kalau awak ketawa menonton klip filem pendek dialognya dengan seorang anak kecil yang sedang kian tular di media sosial. Mahathir tidak menangis untuk tontonan awak. Mahathir menangis untuk mereka yang terkesan dengan politik air mata Mahathir. Dan mereka yang terkesan dengan titis air mata Mahathir akan bertindak di luar jangkaan awak yang […]

Yang baru, muda dan Melayu dari DAP untuk PRU14

Tuan-tuan dan puan-puan, adik kakak sekalian. DAP dengan penuh rasa besar hati mempersembahkan, enam orang calon muka baru (dan tak berapa baru) selain, muda dan Melayu untuk pertimbangan rakyat Malaysia. Sebenarnya kali ini ada sepuluh calon Melayu semuanya. Enam ini yang belum cecah 40 tahun usia. Bahkan ada yang belum masuk liga 30 tahun pun […]

Sukarkan pengundi, SPR terus jadi boneka kerajaan kleptokrat? – Rara

Pengumuman tarikh pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jelas telah dirancang bagi menyusahkan dan mengurangan peratusan keluar mengundi kerana diadakan pada hari bekerja, kata calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dun Ketari, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara. “SPR sepatutnya bertindak sebagai badan bebas yang membantu memudahkan rakyat Malaysia untuk keluar mengundi. “Adakah SPR mahu […]

Parlimen yang berfungsi, bukan yang berdiam diri

Malam tadi adalah pelancaran buku oleh Adun DAP paling muda di Dewan Negeri Selangor, Yeo Bee Yin, bertajuk “Reimagining Malaysia”. Seorang anak gadis dari pekan kecil Batu Anam, Segamat yang telah berjaya menjadi seorang jurutera setelah menerima Biasiswa Universiti Cambridge Gates, Bee Yin menceritakan kisah perjalanan hidup peribadinya, harapan dan impiannya untuk negara dalam buku […]

Hang Tuah melawan kleptokrat: Sebuah interpretasi dialektikal

Apabila saya berbicara tentang Hang Tuah, ada tiga perkara yang orang selalu diperkatakan: Pertama, adakah Hang Tuah itu benar-benar wujud? Kedua, dan tidak lari dari kerangka pemikiran berasaskan kaum dalam masyarakat kita, adakah Hang Tuah itu Melayu ataupun Cina? Ketiga, perihal Hang Tuah membunuh Hang Jebat. Apabila saya terbitkan artikel Hang Tuah yang pertama tidak […]

Difitnah evangelis, mahu bentuk pemerintahan Cina, Kit Siang lapor ke SKMM

Lanjutan kepada dakwaan kononnya menerima dana daripada ‘Raja Gula’ Robert Kuok, fitnah terbaru terhadap Kit Siang ternyata kian melampau. Beliau justeru hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia hari ini untuk membuat laporan terhadap blog The Third Force ekoran fitnah terbaru terhadapnya. Membacakan laporan tersebut kepada media, Ketua Parlimen DAP itu memberitahu bahawa tulisan […]

Kit Siang palu gendang perang melawan berita palsu

Berbeza dengan seruan yang selalu digunakannya – “Are you ready for change?”, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang semalam bertanyakan sesuatu yang amat berbeza kepada warga Subang Jaya. “Are you ready for war? (anda bersedia untuk perang)” soalnya di forum ‘GE14: Battle of Fake News’ menjelang perang berita palsu di ambang pilihanraya umum yang disebut-sebut […]