Kementerian Kewangan lulus peruntukan tambahan RM25 juta untuk sekolah agama

Kementerian Kewangan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM25 juta untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Persendirian (SAP) yang berdaftar. Menurut Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, ia adalah kali pertama peruntukan tambahan diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada dua jenis sekolah terbabit. “Terima kasih saya ucapkan kepada Kementerian Kewangan, YB Lim Guan Eng khususnya, kerana meluluskan […]

Ana tahu kekecewaan pengikut PAS

Pengikut PAS tentunya kecewa dengan pengakuan Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, semalam. Masakan tidak, setelah sekian lama berjuang dan wala mempertahankan pemimpin, malah memaki DAP dengan pelbagai cacian, mereka akhirnya terpaksa tunduk malu dengan pengakuan pemimpinnya sendiri. Takiyuddin semalam mengaku bahawa suara dalam audio isu PAS menerima wang daripada rakan sekutunya, UMNO adalah milik Nik Mohamad […]

Dakwaan PAS terima RM90 juta dari Najib: Ya atau tidak, soal MP DAP

Tindakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang memutuskan untuk menyelesaikan kes samannya terhadap editor laman web pembocor maklumat Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle Brown di luar mahkamah menimbulkan pelbagai persoalan. Untuk rekod, saman berkenaan adalah berkenaan artikel yang mendakwa PAS menerima RM90 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai usaha menarik parti […]

Najib Razak dan Jho Low – siapa yang akan tikam dulu?

Malaysia tidak pernah menjadi terkenal atau tidak terkenal di dunia sejak seminggu lalu selepas dua buku tentang skandal rasuah dan pengubahan wang haram 1MDB diterbitkan – semuanya atas alasan yang salah. Saya berasa malu apabila mendapati buku “The Billion Dollar Whale” karangan Tom Wright dan Bradley Hope dipamerkan di kedai-kedai buku di Australia, sama ada […]

Duit itu raja, dan raja duit adalah Najib

Belanjawan atau dalam bahasa Inggeris “budget” (baru-baru ini dimelayukan menjadi bajet) adalah kontrak di antara kerajaan di satu pihak dengan rakyat jelata di pihak yang lain. Ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi di mana rakyat jelata memilih kerajaan dan membayar cukai untuk menampung pengurusan negara. Rakyat jelata mengamanahkan pengurusan negara kepada wakil-wakil yang mereka pilih. […]

‘Bunga mas’ Najib kepada Amerika rugikan Malaysia

Perdana Menteri Najib Razak cuba berhujah bahawa lawatannya ke Rumah Putih adalah satu kejayaan dan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan yang baik. Bagaimanapun, hujah beliau tidak dipersetujui oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Di sebalik semua ini adalah mentaliti Najib bahawa “Cash is King” atau “wang adalah segala-galanya” serta kegagalan Najib untuk memahami realiti ekonomi rakyat Malaysia […]

KARI untuk Najib, kemajuan untuk Pakatan Harapan

KARI Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) semakin pedas. Kita sudah dengar macam mana dalam saman sivilnya yang kedua ia menceritakan perihal berlian, permata, emas suasa AS$27 juta (kira-kira RM122 juta) milik isteri perdana Menteri, (Datin Paduka Seri Puan Puti Reno) Rosmah Mansor. Dan bagaimana sabahat akrab keluarga Perdana Menteri, Jho Low menghadiahkan emas permata bernilai hampir […]

Tun Mahathir ajak Gen Y mengundi, singkir ‘kerajaan kleptokrat’ Najib

KUALA LUMPUR, 24 MEI: ‘Semuanya sama’. Mungkin itu tanggapan sebahagian rakyat Malaysia khususnya golongan muda atau Gen Y terhadap politik. Akibatnya, sebahagiannya mengambil keputusan memilih untuk tidak mengundi kerana berasakan politik itu membosankan. Namun, keputusan untuk tidak mengundi hanya boleh menyebabkan situasi ekonomi dan politik negara menjadi mundur dan tidak stabil. “Najib boleh menang bukan […]

Dakwaan PAS terima RM90 juta dana 1MDB, bila mahu saman?

KUALA LUMPUR, 7 APR: PAS yang mengaku memperjuangkan Islam di negara ini harus segera menjawab dakwaan bahawa terdapat sejumlah wang yang berasal dari 1MDB mengalir ke akaun seorang tokoh yang rapat dengan pemimpin utamanya. Naib Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, pemimpin PAS harus segera menjawab dakwaan itu kerana ia melibatkan martabat […]

Kembara DAP ke dunia Islam: Menyelami Islam Nusantara di Indonesia

Menyambung semula kembara dunia Islam, lewat bulan September ini, DAP telah ke negara jiran kita Indonesia. Merantau ke bumi Anbiya sudah, ke Mediterranean sudah, maka logiklah kini delegasi DAP yang diketuai Lim Kit Siang berkunjung ke negara serumpun kita itu. Dua hari pertama kami di bandaraya Jakarta. Di sini, tidak kira sama ada Jokowi mahupun […]

Antara MO1, Najib dan YB Langkawi; apa dan mana nilai sanjungan Melayu?

Saya tidak faham kenapa kita hendak berkelahi mengenai status langkah yang diambil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, atau kita menyusahkan dan mengusutkan fikiran mengenai sama ada tindakan DOJ sivil atau jenayah. Apa yang lebih penting ialah cerita dalam tindakan tersebut. Betul, tindakan itu tindakan sivil. DOJ memohon mahkamah untuk menyita pendapatan dan harta Wolf […]

Rumus Gus Dur tentang negara Islam

Gus Dur mula memperbincangkan tentang ‘konsep’ negara Islam dengan latar belakang reaksi keras terhadap tulisan Ali Abdul Raziq, Islam dan Dasar Pemerintahan – yang bukunya itu disita dan jawatannya di al Azhar ditukar ke posisi sejuk-beku, yang tidak melibatkan urusan Islam dan kepentingan umum. Beliau dihantar ke akademi bahasa arab. Respon yang sebegitu keras tersebut […]