PM, KPN dicabar struktur semula pasukan polis, laksana IPCMC

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar melaksanakan penstrukturan semula pasukan polis dengan fokus utama menangani kes jenayah di samping melaksanakan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) jika masing-masing serius untuk membanteras jenayah.

BN perlihat wajah sebenar seakan Hitler

“Tindakan BN menjadikan keputusan pilihanraya sebagai isu perkauman bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan merbahaya malah memperlihatkan wajah sebenar mereka yang sangat cela dengan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.”

Derita Raub kerana salah guna kuasa, rasuah

Dalam temubual krew Roketkini.com bersama bakal calon kawasan Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tras, Choong Siew Onn, mereka menyatakan bagaimana rakyat Raub khasnya di Bukit Koman menderita teruk di bawah salah guna kuasa dan kerakusan pemerintah.

DAP yakin sumbang Raub ke Putrajaya, Mentakab ke Wisma Sri Pahang

Setiausaha DAP Negeri Pahang, Choong Siew Onn berkata, tidak timbul sebarang kekeliruan akibat pertukaran kawasan membabitkan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang bertanding di DUN Mentakab dan Datuk Mohd Ariff Sabri di Parlimen Raub.

Menilai semula ‘mitos syukur’ bersama Kasthuri Patto: “Syukur yang bagaimana?” Oleh Hafiz Zainuddin

Seruan agar bersyukur sering diselewengkan daripada maksud asal apabila ia dijadikan peluru politik demi melangsungkan kuasa pemerintah BN. Realitinya, pentadbiran BN ditempel penuh dengan lintah-lintah politik yang sedang menjahanamkan ekonomi negara dengan monopoli ekonomi dan budaya kronisma. Akhirnya, hasil titik peluh petani dan nelayan yang membanting tulang empat kerat mereka bagai tidak tersisa.

Kit Siang sokong buka semula kes lama dakwaan rasuah hakim

“Malah, testimoni di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap kes video klip V.K. Lingam (2007-2008), saya mengulangi apa yang dibangkitkan di Parlimen pada 1996, menuntut siasatan menyeluruh ke atas 112 dakwaan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan salah laku kehakiman terhadap 12 hakim yang dibuat hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Dartuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah Idid.

DAP ucap takziah kepada keluarga Lim Keng Yaik

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Keng Yaik banyak berjasa kepada negara selama 27 tahun menjadi Presiden Gerakan dan dikenali seorang menteri yang lantang bercakap ketika dalam kabinet di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara 1986 dan 2008.