40 tahun Melayu Raub dipinggir UMNO dapat geran tanah

UMNO telah meminggirkan hak lebih 2,000 penduduk berbangsa Melayu di sini untuk memiliki tanah sejak lebih 40 tahun lalu sedangkan suku-sakat parti itu sewenang-wenangnya diberi ‘hak istimewa’ memiliki tanah.

UMNO/BN biaya Pasukan DDD untuk musnahkan DAP

Konspirasi yang dibiayai UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk memburuk dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) yang dikawal “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN telah digerakkan pada September tahun lalu iaitu lapan bulan sebelum Parlimen dibubar pada April lalu.

Pilih DAP kerana ideologi demokrasi sosial

Usia bukan penghalang untuk wanita muda ini menceburi diri dalam gelanggang politik Malaysia yang semakin mencabar. Walaupun baru berusia 30 tahun, saudari Wong Shu Qi atau lebih mesra dipanggil Suki Wong berjaya mencipta sejarah di Senai, Johor apabila kerusi Dewan Undangan Negeri itu akhirnya berjaya ditawan Pakatan Rakyat-DAP setelah puluhan tahun menjadi kubu kuat MCA-Barisan Nasional (BN).

Zahid Hamidi mangsa tipu bilik perang UMNO/BN

Menteri Dalam Negeri baru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah contoh terbaik menjadi “mangsa sendiri” penipuan “bilik perang” PRU-13 UMNO/BN mengenai DAP membelanjakan lebih satu bilion ringgit sepanjang enam tahun lalu untuk mengupah seramai 3,000 tentera siber “Red Bean Army”.

DAP kutuk tindakan polis terhadap Dr Chen Man Hin

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya berkata, pihak polis mungkin tidak ada kerja lain selain menyiasat seorang doktor berusia 86 tahun yang juga bekas Ahli Parlimen mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah kononnya hendak berkomplot untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti yang terjadi dalam ‘Arab Spring’.