PRU-13: Ini Kalilah!

Suara sebenar masyarakat yang menolak politik perkauman lantang di media siber. Penulis sepenuh masa ini turut berkongsi pandangan beliau dalam hal ini.

DAP cabar UMNO/BN nyatakan pendirian mengenai hudud

“UMNO dan BN tidak perlu membuang masa untuk mengelirukan rakyat dengan menjadikan hudud sebagai isu politik, malah meminta Datuk Seri Najib Razak memartabatkan agama Islam dan menghormati umat Islam dengan menghentikan kempen yang memperalatkan agama kerana ia memberi kesan buruk kepada masyarakat.

PR ganding muka baru dan lama di Selangor

Pakatan Rakyat menggandingkan calon muka baru dan lama bertyanding di Selangor untuk mengekalkan pemerintahan di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei ini.

DAP umum senarai calon di Pahang

Parti Tindakan Demokratik (DAP) hari ini mengumumkan kesediaan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang dengan menampilkan calon muka baru berbilang kaum termasuk bekas pemimpin UMNO yang menyertai parti itu.

UMNO tidak lagi wakili suara Melayu, kata calon DAP Melayu

Kenyataan bahawa hanya UMNO yang selama ini menjaga nasib orang Melayu adalah satu penipuan besar yang terlalu lama dikitarkan. Orang Melayu perlu menilai semula mitos itu yang selama ini menakutkan mereka daripada menghadapi cabaran hidup.

Fitnah Mahathir: DAP buat laporan polis

Dr Mahathir dalam tulisannya bertajuk ‘Gelang Patah’ telah menuduh kononnya Kit Siang bertujuan membangkitkan kebencian masyarakat Cina terhadap orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

Najib dicabar patuhi akujanji integriti, henti guna kenderaan milik kerajaan

Tidak ada guna bagi Datuk Seri Najib Razak menandatangani akujanji integriti atau membina mahkamah khas untuk mengendalikan kes rasuah jika beliau tidak mampu mengisytiharkan harta secara umum, tender terbuka secara kompetitif serta memulang dan berhenti menggunakan kapal terbang, helikopter serta kenderaan milik Kerajaan Malaysia.

PRU-13: PR tolak politik benci, pupuk politik matang

Politik kebencian yang dipupuk UMNO/Barisan Nasional (BN) selama ini dengan memburuk-burukkan individu, memainkan sentimen perkauman dan agama hanya akan memecah-belahkan rakyat dan dilihat sekadar mahu menutup segala skandal penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan.

Bantahan bukti BN tentang pilihan raya kerajaan tempatan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Jabatan Peguam Negara yang mewakili Kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk membantah permohonan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bekas Presiden Aliran P Ramakrishnan.