Kesilapan teknikal di pemilihan parti, DAP akui kesalahan

“Akibat daripada kesilapan tersebut, bilangan undi untuk calon-calon nombor 31 ke 38 adalah sama dengan calon-calon bernombor 61 ke 68,” kata beliau, sambil menambah bahawa kesilapan tersebut tidak disedari oleh pihaknya sehinggalah hari berikutnya dan lantas dilaporkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Najib mesti jawab tuduhan Deepak dulu – Gobind

“Najib sepatutnya memimpin melalui tauladan dengan mengadakan siasatan terbuka dan memberi respon terhadap dakwaan Deepak Jaikishan baru-baru ini,” ujar Gobind, sambil menambah bahawa Perdana Menteri sendiri mesti memberi kerjasama penuh dalam siasatan terbabit demi membuktikan beliau benar-benar serius.

DAPSY tuntut bebaskan Umar

Ketua DAPSY, Teo Kok Seong dalam kenyataan medianya kecewa dengan keputusan mahkamah ke atas anak muda itu yang ikut serta dalam ‘Occupy Dataran’ sebelum perhimpunan Bersih 3.0 April lalu bagi menuntut pendidikan percuma dan membantah pinjaman PTPTN.

Ucapan Dasar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Kongres DAP ke-16

Pilihanraya umum yang akan datang bukanlah mengenai nasib parti politik. Ia adalah tentang nasib negara. Ia bukan tentang pemimpin yang menang atau kalah, ia adalah tentang anda, sama ada anda mempunyai keberanian untuk berubah kepada pementukan semula Malaysia ke arah era baru dengan mengeratkan hubungan antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia

DAP, PR buktikan ramalan ahli nujum UMNO/BN salah

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Kelantan yang diperintah oleh PAS lebih 22 tahun lalu, serta Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang diterajui PR masih belum muflis malah menunjukkan rekod urus tadbir yang lebih baik dan menegakkan kebajikan rakyat berbanding ketika negeri berkenaan diperintah oleh BN.

Cabar Najib minta maaf kerana rekod buruk rasuah – Kit Siang

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri, Najib Razak memohon maaf kerana rekod buruk dan kegagalan membanteras rasuah sehingga kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) Malaysia terendah dalam empat tahun berturut-turut sejak 2009 hingga 2012.

“Buka Lembaran Baru”

Saya berasa bangga menyatakan bahawa budaya politik dalam DAPSY semakin matang. Walaupun Kongres pada hari ini menyaksikan persaingan dalam hampir semua jawatan tertinggi, namun proses kempen telah dijalankan dengan penuh berhemah dalam semangat persaudaraan yang cukup tinggi.